Sabtu, 7 Disember 2013

Banjir di Kuantan dan Kemaman : Kelantan Isytiharkan Peruntukan RM50 Ribu Untuk Misi Bantuan

4:39 PTG

Photo: Banjir di Kuantan dan Kemaman : Kelantan Isytiharkan Peruntukan RM50 Ribu Untuk Misi Bantuan

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan Darul Naim, saya bersama seluruh rakyat jelata negeri ini melahirkan rasa simpati yang teramat sangat terhadap mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman yang mengalami bencana terburuk dalam masa beberapa dekad ini. Sekalipun dipisahkan oleh sempadan negeri yang berbeza, namun kebersamaan sebagai rakyat Malaysia di bawah satu bumbung Pantai Timur tetap menggamit rasa simpati daripada kami di Kelantan.

Justeru, sebagai tanda kebersamaan dan simpati dari pihak kerajaan negeri Kelantan Darul Naim, saya dengan ini mengisytiharkan peruntukan sebanyak RM50 ribu untuk membiayai misi bantuan kepada mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini termasuklah bantuan pasca banjir. Bantuan akan disampaikan terus kepada mangsa banjir melalui sukarelawan yang akan dihantar mulai esok 8 Disember 2013. Rombongan sukarelawan ini akan bergerak melalui badan sukarela Jabatan Amal dan juga agensi-agensi kerajaan negeri. Jumlah ini merupakan permulaan dan kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan menambahkan nilai peruntukan jika situasi memerlukan.

Harapan saya agar misi bantuan yang akan dihantar secara rasmi oleh kerajaan negeri ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir di kedua-dua lokasi ini. Semoga mereka bersabar dengan ujian Allah SWT dan semoga ujian ini meningkatkan darjat mereka di sisi Allah SWT.

Sekian.

YB Ustaz Dato Haji Ahmad bin Yakob,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 4 Safar 1435H bersamaan 7 Disember 2013M

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top