Ahad, 15 Disember 2013

Logo Rasmi GANTI

2:58 PTG

Assalamualaikum
Lembaga Pengarah Gerakan Anak Terengganu Insaf - GANTI telah bermesyuarat semalam mempertimbangkan lebih 20 cadangan logo rasmi GANTI.

Lembaga Pengarah secara sebulat suara memutuskan penerimaan logo ciptaan Sdra Tolahah Muda seperti dipaparkan sebagai logo rasmi GANTI selepas ini. Sekaligus memutuskan beliau sebagai pemenang pertandingan mencipta logo yang telah berlansung selama 2 minggu. Logo ini akan digunakan dalam semua dokumen berhubung dengan GANTI.
Satu majlis ringkas akan dibuat sebagai meraikan logo baru ini.
Sehubungan dengan itu juga satu pertandingan merekabentuk t-shirt GANTI dibuka sekarang. 2 kategori dibuka iaitu tshirt untuk lelaki dan tshirt untuk perempuan dengan setiap satu kategori akan dipilih pemenangnya.
Semua boleh menghantar seberapa banyak rekabentuk dan konsep dengan menggunakan logo rasmi GANTI dengan mengemukakan pandangan depan dan belakang tshirt itu serta sisi jika ada. Pilihan warna dalam rekabentuk terhad kepada Putih, Hitam dan Merah.
Hadiah Utama begi setiap kategori berupa sepuluh helai T shirt menggunakan reka bentuk masing-masing.
Tarikh tutup bagi penyertaan adalah pukul 12.00am Ahad 15hb disember 2013. Semua penyertaan boleh dihantar secara private message atau posting terus ke Pengarah Pertandingan GANTI, Sdra AngOh BluRs.
Sekian, dengan hormatnya
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
GANTI Menggerak Perubahan

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top