Isnin, 2 Disember 2013

Air Mata SABASUN

8:32 PG

Oleh : Angoh Blurs

Isu SABASUN antara  isu yang paling hangat diperkatakan selain daripada isu Ustaz Kazim..Hari ini air mata SABASUN menyembah Bumi.Aku tidak berniat malah langsung tidak berminat sebenarnya nk ulas tentang Ustaz Kazim ni..Aku lebih berminat dengan isu yang melibatkan hal-hal rakyat..Bukan setakat Ust Kazim,Kalau ada lepas ni orang-orang alim yang nk masuk umno sekalipun aku peduli apa..Bukan Parti Tok nenek aku..

SABASUN adalah singkatan bagi Sabar dan Bersungguh-Sungguh.Ia adalah milik Bumiputra dan Rakyat tempatan Negeri penyu Bertelur yg telah diusaha dan dibesarkan sehingga dapat menyaingi Hypermarket berdekatan seperti Giant dan Mydin.

Hypermarket SABASUN (Harge Muroh Sokmo) sinonim dengan kehidupan aku..Dari kecil lagi aku dibawa oleh keluarga ke SABASUN utuk mencari barangan dapur sambil mendengar alunan zikir dan nasyid yang dipasang dan tidak melampau jika aku katakan yang aku dibesarkan dengan “barang-barang” di SABASUN.Rupanya disebalik kemeriahan SABASUN ada tangisan yang rakyat tidak nampak.Apakah merempat dibumi sendiri lebih afdal dimata perompak berkolar putih??

Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) telah mendedahkan wajah sebenar sang kapitalis zalim yang telah meperkosa perniagaan usahawan anak melayu di tanah air sendiri.Kerajaan sepatutnya menyokong bukannya menjadi compretitor berebut tanah dengan rakyat.Sebenarnya SABASUN banyak menyediakan peluang pekerjaan dan kesemua pekerjanya yang berjumlah hampir 400 orang ialah anak jati negeri Terengganu.Kerajaan sepatutnya melihat secara keseluruhan bukannya dengan cara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat.

MBKT Sendawa kekenyangan disuap puak Kapitalis.Selagi kepentingan tidak diusik selagi itu dia akan menyepi diri dan mangsanya ialah rakyat marhaen yg berkecamuk melawan kapitalis zalim ini.Kita tidak akan sedar selagi mana tanah sendiri tidak berdarah.Ayuh anak Terengganu..! Jangan tunggu matahari mati..Jangan Biarkan Che Salmi menangis kesorangan..Jangan biarkan dermawan tabung Palestin ini kesorangan dan jangan biarkan air mata beliau jatuh sujud kepada MBKT.Ayuh anak Terengganu..Lupakan fahaman politik.Sokonglah perniagaan anak tempatan.Jangan hampakan 100% pekerja melayu SABASUN hilang sumber pendapatan.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top