Ahad, 17 November 2013

Wanita Dakwa Nasi Ganja Guna Najis Manusia Mohon Maaf

12:35 PTG

Wanita Dakwa Nasi Ganja Guna Najis Manusia Mohon Maaf | Seorang wanita yang mendakwa sebuah kedai nasi kandar popular di sini menggunakan najis dalam penyediaan makanan mereka pada Sabtu lalu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran Astro Awani.


Wanita Dakwa Nasi Ganja Guna Najis Manusia Mohon Maaf

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida, 24, berkata, dia tidak sepatutnya membuat dakwaan tidak berasas seperti itu di laman Facebook miliknya dan berharap ianya menjadi pengajaran berguna kepada dirinya dan orang ramai.


“Pihak pengurusan restoran Nasi Vanggey berasa terkilan dan menuntut saya membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan pihak media dan kami mencapai persetujuan antara kedua-dua pihak."

"Sehubungan itu bagi memenuhi permintaan pihak Nasi Vanggey, saya dengan ini memohon maaf sekali lagi kepada pihak pengurusan restoran tersebut atas kesilapan saya dan amat menyesali tuduhan berkenaan yang dibuat tanpa asas dan kebenarannya."


Menurutnya lagi, dia hanya menyalin satu status dari seseorang di laman Facebook namun malangnya status beliau itu yang telah di salin orang ramai dan menyebarkannya di media sosial.


Ze Aida seorang graduan ijazah,  menerusi akaun Facebook miliknya mendakwa najis manusia ditemui dalam penyediaan 'nasi ganja' iaitu nama samaran bagi nasi kandar yang dijual di kedai kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom di sini.


Wanita Dakwa Nasi Ganja Guna Najis Manusia Mohon Maaf

Menerusi posting yang sudahpun dipadamkan pada Jumaat, dia mengaitkan 'nasi ganja' dengan nasi kandar yang dijual di Restoran Nasi Vanggey di Greentown di sini.

Berikutan dakwaan tersebut, pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey di Greentown telah membuat satu laporan polis akan kenyataan tersebut yang berunsurkan fitnah.



Dalam pada itu pengurus Restoran Nasi Vanggey, Ahmad Fazli Mohammed meminta orang ramai terutamanya  pelanggan setia restoran tersebut supaya terus memberikan sokongan mereka kepada restoran berkenaan.

“Kepada pelanggan yang ada rasa musykil untuk datang, teruskan datang dan sokong kami dan isu-isu yang disiarkan dalam media masa dan media sosial adalah tidak benar sama sekali. Kami menafikan tentang terjumpanya najis di dalam peti simpanan makanan kami, terima kasih.” jelasnya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top