Ahad, 24 November 2013

Tahniah kepada Saf Kepimpinan PAS

11:49 PG

Alhamdulillah.
Carta Organisasi Pimpinan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015 sudah lengkap.
Ayuh rapatkan Saf Perjuangan!

#MuktamarPAS59

GANTI mengucapkan Tahniah kepada Saf Kepimpinan PAS yg baru dipilih oleh perwakilan yg akan terus menjulang obor perjuangan dibawah pimpinan DS Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Semua calon yg bertanding sama ada yg menang atau pun yg kurang bernasib baik adalah para pejuang yg telah membuktikan komitmem mereka sebelum ini dan setelah melalui tapisan ketat Majlis Syura PAS Pusat yg berada pada kedudukan tertinggi parti.
Pengukuhan fungsi Majlis Syura dan Dewan Ulama akan memperkukuhkan perjuangan PAS agar teguh pada prinsip perjuangan.
Tahniah kepada semua perwakilan yg tentunya meletakkan kepentingan perjuangan mengatasi segalanya dengan menyusun segalanya mengikut keutamaan berasaskan rasional, realism dan psikopolitik yg terbimbing dalam acuan yg dikawal oleh Majlis Syura.
Sekarang masa kita rapatkan saf di belakang imam yg telah kita pilih. Mendahului imam dlm solat dibayangkan dlm satu hadis Rasulullah s.a.w bagaikan berkepala keldai

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top