Isnin, 25 November 2013

Peristiwa Tahkim Dedahkan Kepentingan Menguasai Ilmu Siasah

7:18 PG

Tazkirah Kasih Sayang Sesama Kita

Assalamualaikum Wrt Wb
Setelah melihat episod2 kita sentiasa tertipu dlm pelbagai muslihat musuh, saya merasa selain mempunyai tahap keilmuan yg bagus dlm syariat dan bersifat warak, kualiti kemahiran siasah, pentadbiran, perancangan dan strategi, ekonomi dan diplomacy perlu dikuasai oleh yg duduk ditampuk kepimpinan.

'Alim dan warak' sahaja tak cukup.

Saya teringat sejarah peristiwa Tahkim dalam Perang Siffin. Ketika itu Khalifah Amirul Mukminin Saidina Ali.kw.diambang kemenangan menewaskan Muawiyyah yg memberontak. Muawiyyah sbg ahli siasah/ politik yg mahir menyeru diangkat Quran dihujung tombak sbg seruan utk berhenti dan berunding utk elakkan kekalahan total.

Sekalipun Khalifah Ali kw bertegas mahu selesaikan peperangan tersebut, namun baginda Amirul Mukminin terpaksa akur dgn tekanan penyokong sendiri yg mahu "kembali kpd Quran" seperti seruan Muawiyyah yg licik.

Peristiwa Tahkim sekali lagi merakamkan muslihat siasah politik Muawiyyah menyebabkan kekalahan kpd Khalifah Ali kw.

Ini bila Muawiyyah memilih Amru Al As utk mewakili beliau ke meja rundingan, seorang intelektual yg menguasai kepakaran diplomatic dan siasah dan penuh muslihat.

Saidina Ali kw mempunyai pandangan yg jauh bila mahu melantik Abdullah bin Abbas ra yg punyai kebijaksanaan yg setara dgn Amr Al As.

Malangnya, baginda sekali lagi dikecewakan oleh penyokongnya sendiri yg sebaliknya mahu Abu Musa Al Asya'ri ra yg pada pandangan mereka lebih wajar diberi penghormatan kerana bersangatan alim dan waraknya.

Di sinilah kesilapan besar yg berlaku...
Hal keadaannya sama seperti keadaan UMNO yang tersepit sekarang dan menjerit2 ajakan "bersatu atas nama agama"!! Dalam masa yg sama secara nyata seolah2 memberi restu di sebalik pembikinan klip video sembang rakyat yang menghina hukum agama.

Rakyat amat berharap untuk melihat wakil-wakil rakyat yang telah mereka pilih agar mampu membawa permasalahan rakyat di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dengan bijaksana, mahir dlm berhujah, lengkap fakta dgn punyai kefahaman yang mendalam dalam isu yang dibawa dan bukannya stereoptype yg menghafal isu yang ditugaskan tanpa menghadam pucuk pangkal permasalahan, tak mampu membentang secara tersusun apa masalahnya, pasal apa, recomendations...

Saya rasa usah malu jadikan wakil2 rakyat DAP sebagai benchmark dari segi kualiti perbahasan yang sentiasa menguasai fakta dan tersusun pelan tindakan dan usul-usulnya.

Usah berpuashati pengikut setia kita ramai kalau sekadar berbisa di kelompok sendiri, tapi dipandang lekeh di mata Dewan yang mulia dan seluruh rakyat amnya.

PRU14 mungkin masih jauh. Tapi persepsi rakyat perlu dibentuk selewat lewatnya hari ini.

Wassalam
Haji Ahmad Amzad Hashim
GANTI Mengajak Perubahan.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top