Masih ramai keliru dengan istilah politik dan penggunaannya hari ini. Saya punya kawan exco umno bahagian. Dia sebut, " Kite dok payoh capor lah soal politik atas dunia ni dgn agama.... Agama hok allah.politik hok manusia.mane sama."
Sudah beberapa kali saya bertemu orang Umno berkata dengan nada yang serupa. Saya kira sudah tiada lagi yang berani berkata sebegini. Rupanya masih menebal di kalangan masyarakat. Itu belum lagi masuk di pedalaman.
Perkataan kawan umno saya itu saya husnuzzhonkan barangkali yang dia maksudkan ialah politik yang kotor. rasuah, penuh tipudaya dan seumpamanya. Tujuannya supaya kawan2 lain dalam perbualan 'whatsapp group' itu tidak mudah menghukumnya murtad. Saya bahas dan beliau nampaknya boleh terima alhamdulillah.
Sebenarnya dari sudut hukum, zahir perkataan boleh membawa kepada gugurnya Islam kerana pemisahan agama dari politik. Saya kira ramai orang Umno yang berfikir dengan cara yang sama kerana istilah politik disalahertikan.
DEFINISI POLITIK
Politics boleh membawa pelbagai makna oleh pelbagai cendekiawan dan pihak berkepentingan. Ada yang sebut politics ialah an art of governing(seni memerintah) . Ada juga sebut ia an art of deceiving(seni memperdaya) . sekadar sebut satu dua definisi. Justeru, selaku umat Islam, sewajarnyalah kita takrifkan politik menurut pandangan ulamak muktabar. Istilah politik dalam arab dikenali sebagai siasah. siasah itu pemerintahan lah. Lihat takrif khilafah, "نيابة النبوة و حراسة الدين و سياسة الدنيا به". Maksudnya, "Galang ganti kenabian, menjaga agama, dan memerintah dunia dengannya(agama) ."
SERUAN BUAT SEMUA
Sebelum saya noktahkan tulisan di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, suka saya seru semua pihak tidak kira Melayu Islam dalam Umno, Pas, atau PKR, cukuplah guna istilah politik untuk merujuk kepada politik kotor, penuh rasuah, penyelewengan dan tipudaya. cakap-cakap seperti "biasalah politik kan..." di kalangan ahli politik atau orang awam apabila merujuk kepada perbuatan atau perkataan tidak syar'ie adalah sangat bahaya dari sudut iktiqadnya.
Mudah-mudahan Allah kurnia petunjuk buat kita semua.
Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Ketua Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu
Jumaat, 29 November 2013.
Sabtu, 30 November 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan