Sabtu, 30 November 2013

Kerajaan Umno-BN Hanya Lahirkan ‘Usahawan Tongkat’

5:40 PTG


takiri ganti

Petikan dari Buletin Online

KUALA NERUS - [Lihat Video] Ramai usahawan Melayu Islam yang bebas dan berdikari dan tidak mahu melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan kerajaan, dilabel sebagai usahawan ‘hijau’.
Mereka bukan sahaja tidak dibantu, bahkan dikalangan mereka ditekan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sedangkan pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, sasaran melahirkan 30 peratus usahawan Melayu yang benar-benar berjaya, gagal dicapai.
Katanya, kerajaan hanya melahirkan ‘usahawan tongkat’ yang bergantung kepada subsidi dan bantuan.“ramai lagi usahawan-usahawan melayu yang bila (dianggap) agak ‘hijau’ mendapat tekanan. (Sedangkan) kerajaan cuba usaha meletakkan sebagai salah satu target kerajaan untuk mencapai 30 peratus usahwan Berjaya,
“(tapi) malangnya kerajaan hanya mampu melahirkan usahawan tongkat. Yang ada usahawan tongkat. Mengharapkan bantuan daripada MARA, bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan,”ujarnya.
Beliau Berkata demikian ketika berucap pada program ‘Lepak Santai’ anjuran NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) di sini semalam Jumaat 29 November.
Kata beliau, sebagai contoh adalah program 1Azam Usahawan yang kononnya membantu usahawan Melayu di kampong-kampung.
“Contohnya beri satu azam, azam sungguh lah, dapat duit seribu lima ratus dapat ‘stall’ dia tu….. dia berniaga lima, enam bulan, (kemudian) tutup.
“Tak ada pemantauan, geran-geran (bantuan kerajaan) dikeluarkan kepada orang-orang Melayu. Kerana usahawan tongkat bergantung kepada tongkat, dia tak boleh bangkit, dia mati akhirnya,”jelasnya.
Menurutnya, ia adalah salah satu kegagalan kepada Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang didakwa begitu hebat membangunkan negara.
Tetapi sebenarnya, kerajaan hanyalah melahirkan para usahawan yang bergantung kepada ‘tender’ dan bantuan kerajaan.
Sebaliknya, kata beliau, apabila bangkitnya seorang usahawan tulin yang dilihat akan berjaya tanpa bantuan kerajaan, ada pula pihak yang melakukan khianat.
“apabila bangkitnya seorang usahawan tanpa tongkat, maka yang tanpa tongkat ini cuba di cacatkan sehingga bergantung kepada kerusi roda. Ini benda besar……….. menghalang tanpa tongkat, maka yang tanpa tongkat ini cuba di cacatkan sehingga bergantung kepada kerusi roda,”katanya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top