
Tapi saya nak masuk utk tinjau lebih ke dalam tak boleh sebab kena daftar dulu dan lengkapkan maklumat. Saya pun mulalah mengisi ruang berkenaan seperti user name, nama betul, alamat email. Kita yg lurus betul bendul ni tak pandai nak menyamar2. Lebih suka terus terang nak sembunyi apa!!! Then kena isi password apa yang nak pakai, dan key in kali kedua password tu untuk pengesahan.
.jpg)
Satu-satunya password yang terlintas waktu tu ialah "caripenyakit". Saya pun taiplah kali pertama. Kemudian bila sudah taip kali kedua "caripenyakit" mulalah terfikir macam-macam. Wajah orang rumah yang tersayang, anak2 yang comel yang harapkan ayahnya sentiasa di samping...dan..Tak ker nanti foto kita terpampang dalam ruang tu untuk pencari2 jodoh yang lain? Buatnya orang print screen....mampus aku hahaha.
Buat orang rumah tersayang, abang takkan lupa segala pengorbanan. Buat yang dah ada dan sudah bahagia, jangan cuba-cuba usha situ. Buatnya ada yang tersangkut...betul2 "caripenyakit" laaa....
Sekian.
Durian Burung
Haji Ahmad Amzad Hashim
0 ulasan:
Catat Ulasan