Sabtu, 30 November 2013

PAS: Projek bebas cukai Tasik Kenyir bakal jadi gajah putih

9:13 PG

Kerajaan Terengganu didakwa membelanjakan wang RM300 juta untuk projek kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir  yang bakal menjadi "gajah putih" bahkan mencemarkan pemandangan dan alam sekitar, kata wakil rakyat PAS.

PAS: Projek bebas cukai Tasik Kenyir bakal jadi gajah putih
Dua wakil rakyat,  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dan ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika menceritakan tentang projek itu yakin ia hanya untuk membelanjakan wang sahaja tanpa mempertimbangkan kewajarannya.
"Atas dasar apakah kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mahukan projek ini kalau bukan untuk membuat projek semata-mata," kata Syed Azman dan Raja Bahrin kepada The Malaysian Insider.
Menurut mereka, projek yang melibatkan pulau Bayas dan dua buah pulau lagi di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu itu akan gagal.
"Atas dasar apa orang ramai hendak datang ke pusat bebas cukai ini? Ia jauh dari pusat pengangkutan yang terletak di Kuala Terengganu.
"Setelah sampai ke Pengkalan Gawi di Hulu Terengganu iaitu satu jam perjalanan dari Kuala Terengganu, mereka terpaksa pula naik bot kira-kira 30 - 40 minit untuk ke kawasan bebas cukai itu. Siapa yang mahu pergi?" kata Raja Bahrin.
Pada peringkat awalnya, kata Raja Bahrin yang juga merupakan seorang arkitek terkenal dan mempunyai sebuah hotel pelancongan terkenal di Kuala Terengganu berkata, beliau menjangkakan pencinta alam sekitar suka ke Tasik Kenyir kerana ia merupakan tasik buatan manusia yang cantik.
"Namun selepas projek ini bermula, Tasik Kenyir sudah dicemari dengan kabel elektrik sepanjang 30 km yang bersimpang siur di atas tasik ini. Ia bukan kawasan pelancongan yang damai tetapi kelihatan seperti kawasan industri dengan kebel elektrik yang bersimpang siur di atas tasik," katanya merujuk kepada sambungan kabel elektrik yang disambungkan dari tanah besar ke ketiga-tiga pulau untuk projek ini.
Beliau tidak faham kenapa keputusan ini dibuat ketika mereka boleh membeli dua buah jenerator besar untuk kawasan bebas cukai ini.
"Sekarang ini, ketika kami melawat ke sana, tiang-tiang kebel elektrik ini sudah kelihatan tanah-tanah merah pada tapaknya akibat hakisan tanah," cerita beliau lagi.
Kerajaan Terengganu dikatakan membelanjakan RM30 juta untuk pembekalan elektrik ke pulau-pulau ini sahaja.
Selain itu, projek ini telah menggondolkan sepenuhnya ketiga-tiga pulau yang sebelum ini penuh dengan balak khasnya pulau Bayas.
Turut menyakitkan hati mereka ketika lawatan ke pulau itu adalah kedudukan tapak pembinaan kawasan bebas cukai itu.
"Bayangkan, ketika kami sampai, piling kepada tapak kawasan ini tenggelam bila air pasang. Apa belaku kepada kawasan ini nanti dalam keadaan itu," kata Syed Azman .
Menurutnya, projek kawasan bebas cukai sepatutnya dibiayai oleh kerajaan Pusat tetapi mereka berdua tidak faham kenapa projek ini dilaksana dan ditanggung perbelanjaannya oleh kerajaan negeri.
"Sebab itu kami fikir ia bukan viable projek tetapi dibuat kerana hendak membuat projek sahaja. Mereka buat projek ini kerana mereka tidak tahu bagaimana nak belanjakan wang yang banyak hasil royalti minyak setiap tahun itu," kata Syed Azman  yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.
Kerajaan negeri Terengganu mempunyai bajet tahunan kedua terbesar selepas Sarawak iaitu kira-kira RM2 bilion setahun, lebih tinggi dari negeri paling maju, Selangor.
The Malaysian Insider difahamkan, projek bebas cukai di Tasik Kenyir ini mula disebutkan dalam satu re-treat kakitangan Ketengah penghujung 1980an lalu.
Namun ia hanya sempat disenaraikan sebagai salah satu cadangan projek sahaja tetapi telah ditolak oleh re-treat kakitangan kumpulan A Ketengah yang diadakan di Langkawi itu. - 14 Oktober, 2013.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top