Selasa, 19 November 2013

Isu Sabasun - Peniaga Melayu DiAnaktirikan MBKT

11:29 PTG

Komen Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ) : Bila kerajaan dan pihak berkuasa tempatan nak berniaga juga, nak lawan bersaing dgn usahawan melayu yg berniaga, siapa yang menang? Kita apply tanah ditengah2 tempat kita berniaga, tanah kerajaan yg kosong terbiar, nak majukan...tiba2 MPKT pun apply juga tak tahu apa rancangan...Siapa yg akan menang? MPKT laa. Dah bila menang apa yang dia buat? Beri sewa ke Sabasun balik!!! Sebab, kalau jual ke Sabasun untung sikit. Kalau beri sewa ke Sabasun, boleh cerik (hantar bil) tiap2 bulan ker Sabasun. Sekarang bila dah belanja berjuta untuk kompleks kedai, beri notis kosongkan tanah, TAK KELUAR KALU, TAK TERAGAK2 GUNA KEKERASAN....Lesen nak sambung tak diberi....Menangih tak berlagu saya tengok nasib usahawan melayu. Kena tindas bangsa sendiri, ummat sendiri!!!

Isu Sabasun - Peniaga Melayu DiAnaktirikan MBKT

Oleh : Din
Sebelum saya telah menyiarkan satu artikel pengenalan mengenai satu perniagaan runcit oleh anak Melayu Terengganu - SABASUN HyperRuncit, yang menjadi kebanggaan tempatan kerana berjaya bersaing dengan syarikat2 gergasi seperti pasaraya Mydin dan Giant untuk terus kekal relevan dan terus membantu masyarakat setempat dan para peniaga IKS Terengganu. ( KLiK )

Bukan kecil cabaran yang dihadapi oleh pemilik Sabasun .... bukan saja cabaran standard bersifat persaingan perniagaan dari Big Player seperti Mydin dan Giant, malah turut berdepan dengan pelbagai karenah birokrasi dari pihak berkuasa tempatan yang sengaja menimbulkan halangan demi halangan yang menguji kesabaran dan daya tahan usahawan Melayu ini.

Mungkin ianya kebetulan tapi sifat kebetulannya itu terlalu 'obvious', masalah2 yang dikirimkan oleh pihak berkuasa tempatan semakin ketara sejak pasaraya Mydin mula beroperasi selang 500 meter dari premis Sabasun. 

Antara isu yang dibangkitkan oleh pemiliknya, Che Salmi adalah -

1- Menjadikan jalan utama didepan bangunan Sabasun sebagai kawasan larangan parking seminggu sebelum HariRaya pada tahun 2009. Habis dicabutnya tiang meter parking, dicatnya garisan kuning dan ditempatkan pegawai trafik bagi menyaman kenderaan yang parking disitu. 

Kesannya, Jualan Hariraya yang sepatutnya tinggi ketika itu jatuh menjunam kerana pelanggan lari dek sebab kesukaran meletakkan kenderaan. 

Jalan besar di depan Sabasun1
Selepas 3 bulan, keadaan diubah asal semula - meter parking diletak semula, cat putih menutup warna kuning ...... tidak pula diulangi perkara sama tahun2 berikutnya . 



KLiK untuk ke Youtube. 

2 - Notis penamatan tempat letak kereta di belakang bangunan Sabasun1.

Tahun 2003 Sabasun telah menyewa tanah dibelakang bangunan premis ( setelah permohonan untuk beli ditolak ) sebanyak RM4ribu sebulan untuk dijadikan kawasan parkir kepada pelanggan ( percuma / tidak di caj ). Kerja2 menambun dan meratakan tanah dilakukan oleh Sabasun sendiri.

Sehingga Januari 2013, Sabasun telah membayar sejumlah RM484,300 untuk bayaran sewa tanpa sebarang tunggakan tapi secara tiba2, pihak Bandaraya telah mengeluarkan notis untuk menamatkan kontrek sewaan TANPA DIBERI SEBARANG ALASAN pada November 2012.

Kawasan Parkir dibelakang Sabasun1

Sabasun sudah beberapa kali membuat rayuan namun TIDAK PERNAH DIBALAS maupun DILAYAN.


3 - Yang paling UTAMA adalah KEENGGANAN pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk memperbaharui Lesen Niaga Sabasun1 pada penghujung tahun 2012 !

Ya, pihak MBKT tidak mahu menerima permohonan / bayaran dari pihak Sabasun untuk Lesen Niaga Tahunan dan TIDAK ADA ALASAN diberikan.

Setelah berniaga selama 17 tahun dilokasi yang sama tanpa sebarang masalah, tiba2 pihak MBKT , ikut suka2 hati mereka, merasakan Sabasun tidak layak untuk berniaga lagi dipremis sama !

Sabasun1 masih meneruskan operasi perniagaannya sehingga kini TANPA sebarang Lesen Niaga. Kenapa ? Itu kena tanya MBKT.

Ya, diakui yang bangunan Sabasun itu tidak punya CF tapi ia dijelaskan oleh Cik Salmi dibawah. Tapi jika ketiadaan CF dijadikan alasan kenapa ia tidak disebut ? Saya ulang - Keengganan pihak MBKT memperbaharui lesen niaga Sabasun tidak disertakan sebarang alasan, walaupun setelah dibuat rayuan.


 
KLiK untuk ke Youtube.

4 - Saman kerana tidak meletakkan tanda Tidak Boleh Merokok

Dalam pada tidak ada Lesen Niaga, pihak Kesihatan yang didatangkan khas dari Dungun ( daerah lain ) telah datang seramai 10 pegawai penguatkuasa semata2 untuk periksa samada pihak Sabasun ada meletakkan tanda Tidak Boleh Merokok dipremis.

Papan tanda itu ADA disekitar bangunan tapi kerana ia tidak diletakkan diatas pintu masuk, maka Sabasun telah dikeluarkan surat saman.

Walaupun saman cuma RM250 tapi pihak Sabasun telah mencabar tindakan itu dimahkamah demi menegakkan kebenaran. Mereka telah 4 kali naik Mahkamah  dan kes ini dalam masih dalam perbicaraan.




KLiK untuk ke Youtube


Bersambung lagi ...... Tahun 2009 Sabasun telah membuka satu lagi cawangan HyperRuncitnya - Sabasun 2 di Wakaf Tembesu ( tidak sampai 10 km dari Sabasun1 ). Masalah dari pihak berkuasa tidak kunjung padam mengekori mereka disana juga. Nantikan Artikel seterusnya...

PS 18 Nov.12:45 am -  Atas permintaan empunya diri, video2 dan salinan repot telah ditarik balik. 

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top