Jumaat, 15 November 2013

Perbezaan Negeri Pakatan vs Negeri BN

11:02 PG


Paya Bunga Square KT.
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Ada orang kata habis tu kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, di negeri yang PAS jadi MB tak nak buat bangunan lah, tiada lebuh raya, tiada hotel? Saya kata salah tu. Di negeri PAS perintah insyaAllah lebih banyak bangunan yang berfaedah dan sesuai dengan keperluan, lebih sempurna kemudahan infra, parking, hotel, LRT dan lebih banyak lagi.

Kerana kebetulan negeri yang PAS agak dominan seperti Terengganu dan Kelantan adalah pengeluar petroleum terbesar negara yang masih dinafikan hak royalti petroleum 5%. PR dah janji 20% banyak kali ulang.

Melihat beza kos pembinaan di negeri2 PR yang kurang ketirisan oleh amalan rasuah, wang rakyat boleh disalurkan kepada lebih banyak program pembangunan. Saya fikir kita cuma harus menentang perkara yang merugikan dan khianat kepada dana awam. Menjadi pembangkang bukan bererti bangkang segala2. Pemberian ebook misalnya. Bagus utk celik komputer anak2.

Tapi bila kita sudah tahu pengilang import harga yang murah dari China dan menjual harga yang mahal kepada Kerajaan negeri, itu satu yg perlu diperhati dari aspek perlaksanaan. Begitu juga rancangan untuk sediakan kemudahan parking di tengah bandar. Memang kemudahan itu perlu.

Cuma mungkin bila laksana, pilihan tapak, jenis sistem, tanggung jawab kerajaan untuk berhemah dlm melaksana. Kalau ada cadangan kemudahan sukan bowling. Bagus apa? Apa yang tak kenanya? Kita tahu tanggung jawab pemerintah mesti juga memikir cara yang sihat untuk memenuhi keperluan riadah rakyat. Sekali lagi tengok macamana konsepnya. Jadi persepsi Islam akan sekat pembangunan adalah salah.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top