Sabtu, 16 November 2013

Falsafah dan Matlamat GANTI

10:49 PG


Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Saya postkan sekali lagi penerangan tentang perjuangan GANTI supaya kita boleh hadam falsafah disebaliknya. Supaya nanti GANTI yang menjadi tagline kita senang difahami.
Adalah menjadi matlamat GANTI untuk Mengejutkan dan Menggerakkan Seluruh Rakyat Terengganu dari lena,cuai dan lalai yang berpanjangan,

1. Supaya menginsafi hal ehwal negeri yang sebenarnya dizalimi dan menanggung rugi oleh tindakan Persekutuan yang menganaktirikan pembangunan yang sepatutnya lebih layak ditumpukan di negeri ini yang lebih 90% Melayu/Islam serta sebagai penyumbang terbesar hasil petroleum negara.

2. Supaya rakyat menginsafi hal keadaan nasib rakyat yang dizalimi dan menanggung rugi serta teraniaya oleh tindakan mereka yang diamanahkan mentadbir negeri berupa penyelewengan, rasuah, ketidak adilan, diskriminasi berasaskan politik dan pengkhianatan terhadap Islam dan nilai-nilai mulia kehidupan beragama yg turut dikongsi bukan Islam yang menjadi kepada asas Rukun Negara.

3. . Supaya rakyat menginsafi masa depan agama, bangsa, negeri dan negara terletak pada kualiti pada masyarakat itu sendiri bersabit akhlak dan sakhsiah, disiplin diri, tahap keilmuan dan pendidikan dan pegangan agama yang berasaskan akidah keimanan yang betul dan teguh.

GANTI mengajak rakyat bersama dalam satu gerakan Amar Makruf Nahi Mungkar (Mengajak Melakukan Kebaikan dan Pembaikan, Dan Menentang serta Mencegah segala yang Buruk dan Keji) dan dalam masa yang sama menjalin persaudaraan sesama Islam, sesama rakyat termasuk non muslim yang juga mempunyai hak yang dilindungi perlembagaan negara dan prinsip Islam.
Maka adalah matlamat akhir GANTI supaya rakyat bersama: :
GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah.
GANTI yang khianat dengan yang amanah.
GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan.
GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji)
GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top