Isnin, 18 November 2013

Miros: Kereta lebih 12 tahun tidak selamat digunakan

8:20 PTG

Komen Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI). Ybg Tn.Haji Ahmad Amzad Hashim.

Kerajaan diminta ambil kira tekanan kos ditanggung rakyat ketika ini. Tidak menafikan kajian teknikal telah dibuat, tetapi mungkin ada pilihan lain yg kurang bebankan. Misalnya wajibkan pemeriksaan selepas tempoh tertentu utk menilai keadaan kereta sama ada sesuai berada di atas jalan atau tidak.

Adakah kajian ada mengkaji statistik kereta yang terlibat kemalangan sama ada banyak yang berusia lebih 12 tahun atau yg masih baru? Yang saya nampak selalunya yang eksiden kereta2 yg tak sampai 10 tahun usianya. Engin masih bagus, touch up sana sini biar nampak hebat, kemudian pecut laju-laju nak tayang ke orang dan memandu macam orang hilang akal. Org yang berkereta buruk biasanya dia tak berani nak buat yang bukan2.

Tolonglah jangan ditambah lagi kesusahan rakyat yag terbeban dengan pelbagai kenaikan harga. Atau adakah ini kerana nak tolong DRB, UMW, Proton....seperti kerajaan nak tolong bagi kontrak iklan GLC kepada Utusan dan Berita Harian?

Wallahua'lam.

Petikan The Insider:

Kenderaan berusia terdedah pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika kemalangan.
Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.

Bagaimanapun katanya jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.

Sebagai contoh, Dr Wong berkata kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.

"Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian," katanya.

Beliau berkata kenderaan baharu dilengkapi teknologi terkini melibatkan reka bentuk kereta terutama untuk menyerap tenaga perlanggaran bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Sehubungan itu, katanya orang ramai digesa memberi perhatian terhadap jangka hayat kereta selain cara pemanduan serta penyelenggaraan yang betul bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung ciri keselamatan kereta dan rating bintang bagi model kenderaan yang diuji di bawah Asean NCAP dalam laman sesawang www.aseancap.org bagi membantu mereka membeli kereta yang mempunyai ciri keselamatan tinggi. - Bernama, 15 November, 2013.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top