Selasa, 26 November 2013

MARI BERSAMA BINA KEKUATAN

11:15 PG

Tazkirah Kasih Sayang Sesama Kita.
Assalamualaikum Wrt. Wb
MARI BERSAMA BINA KEKUATAN
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
(QS: Ash-Shaff Ayat: 4)
"Musim dah berlalu, PRU14 bukannya dekat...

Sekarang semua kena kerja kuat kukuhkan keluarga masing2 dari segi fikrah dan bina semangat. Kekuatan ekonomi biar tegap dan hebat. Jangan biar kita jadi lemah bila berdepan lawan dan komponen yang bersahabat. Yang menganggur, tunggu apa lagi, tiada kerja buat? Yang berniaga, besarkan perniagaan, bina ekonomi utk ummat.
Yang di pejabat, kerja kuat, produktiviti naik bertingkat, baru orang hormat, biar jawatan tertinggi kita lekat. Ada kuasa, penyelewengan, rasuah, selagi kudrat, boleh kita sekat. Yang sakit, pergi berubat.
Semua guna masa utk perkuat. Nanti kita ke medan tak terkulat-kulat. Yang ilmu tak berapa nak lekat,jangan jemu nadah kitab menghimpun hikmat. Moga segalanya lebih berkat."
Kita kadang2 kurang perhatikan banyak perkara yg perlukan pembaikan dlm hidup kita guna memperkuatkan akar umbi perjuangan.
Gerak kerja pilihanraya hanyalah satu bahagian saja.
Jadi kan hijrah, GANTI segala sifat keji dan buruk dlm diri dgn sikap dan pembawaan terpuji. Kalau dulu kita pemalas. GANTI dgn sifat rajin. GANTI segala btk ketidakefisienan yg ada dlm prosedur dan sistem kerja kita kpd yg lebih efisien. Efisisiensi InsyaAllah membuahkan produktiviti dan keberkesanan.
Bentuk jati diri setiap ahli saf pejuang agar tegap berkualiti tersusun dlm saf-saf yg seakan akan bangunan yg kukuh sbg mana yg dicintai Allah SWT diterangkan pada surah saf ayat 4.
Wassalam.
Ahmad Amzad Hashim
GANTI Mengajak Perubahan.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top