Jumaat, 29 November 2013

Mad Said lebih pentingkan zoo dari Taman Ilmu?

10:23 PTG


BESUT: PAS mempersoal tindakan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang didakwa telah mengabaikan projek Taman Ilmu di kampung Tembila di sini sehingga gagal disiapkan.

Projek bagi menempatkan beberapa buah institusi pengajian tinggi di atas tanah seluas 700 ekar itu dimulakan sewaktu Datuk Seri Idris Jusoh menjadi menteri besar selepas pilihan raya umum 2004 lalu.

Dalam projek itu, tapak untuk pembinaan universiti disediakan manakala kerajaan negeri akan menyediakan pejabat pentadbiran, dewan konvokesyen, pusat pelajar, perpustakaan, asrama serta kompleks sukan.

Namun difahamkan, selepas Ahmad Said dilantik menteri besar selepas PRU 2008, projek tersebut tidak menjadi keutamaan kerajaan negeri sehingga ianya tidak siap sampai ke hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pihak kontraktor juga menghadapi masalah tidak menerima bayaran terhadap kerja-kerja yang 80 peratus telah disiapkan.

Malah katanya sehingga 2012 kontraktor-kontraktor ini tidak lagi meneruskan kerja-kerja ditapak malah bersetuju untuk "mutual termination".

Menurut beliau, dianggarkan kos diperlukan untuk menyiapkan baki 20 peratus lagi projek tersebut hanya sekitar RM50 juta.

"Apa yang dikesali, sementara projek Taman Ilmu tidak diberi perhatian sepatutnya dari aspek kewangan, dalam masa sama Menteri Besar (Ahmad Said) memberi tumpuan pula kepada projek Zoo di Kemaman yang memakan belanja berjuta-juta ringgit.

"Dalam masa sama juga kerajaan sedang berbelanja beratus juta ringgit membina kompleks bebas cukai di Pulau Bayas di tengah ceruk hutan Tasik Kenyir di mana 'viabiliti' projek tersebut di persoalkan," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut hari ini.

Tambah beliau lagi, terdapat dua blok bangunan yang hampir siap itu juga telah mengalami masalah kerosakan struktur dan kemungkinan perlu dirobohkan semula.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media sama berkata, beliau tidk menolak kemungkinan masalah projek itu disebabkan pergeseran antara Ahmad dengan Idris.

Namun katanya, adalah tidak wajar pertelingkahan dua pemimpin itu sehingga memperjudikan keperluan dan kepentingan rakyat.

"Saya tak mahu ambil bahagian isu pergaduhan mereka, tapi tindakan ini telah mengainaya rakyat Besut dan Kuala Terengganu ini," katanya.


Sumber : https://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20890-mat-said-lebih-pentingkan-zoo-dari-taman-ilmu

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top