Jumaat, 22 November 2013

Kisah Penghuni Syurga Terakhir

12:19 PTG

Kisah yang kita nak berkongsi hari ini adalah mengenai Penghuni Syurga Terakhir. Kisah ini adalah sebahagiaan daripada cerita-cerita Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'uud.

Sahl bin Saad r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda :
  "Pasti akan masuk surga dari umatku tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu  (periwayat ragu, 70.000 atau 700.000) bersama-sama yang satu memegang yang lain, tidak masuk yang pertama sehingga masuk juga yang akhir, wajah mereka bagaikan bulan purnama."  ( Riwayat Bukhari, Muslim).

Kisah Penghuni Syurga Terakhir

Rasulullah s.a.w bersabda,"Aku mengetahui orang yang paling akhir memasuki syurga. Dia keluar dari api neraka sambil merangkak."

Allah s.w.t berkata kepadanya,"Pergi dan masuk lah kedalam syurga".

Orang itu merangkak mendekati syurga dan padanya terbayang, tentulah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia kembali serta berkata: "Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak."

Allah s.w.t mengulangi perintah Nya: "Pergi dan masukklah kedalam syurga". Orang itu sekali lagi mendekati syurga dan sekali lagi terbayang kepadanya, mestilah syurga itu telah penuh sesak, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak".

Kemudian Allah s.w.t bertitah: "Pergilah dan masuklah kedalam syurga dan bahagiaannmu adalah seluas sepuluh kali bumi. "Mendengar titah Allah s.w.t, orang itu berkata: "Ya Tuhan, apakah engkau mengejek dan mentertawakan aku, sedang engkau adalah Maha Raja."

Aku melihat Rasulullah s.a.w. kemudian tertawa sehingga terlihat gigi geraham beliau, sambil berkata: "Itu adalah kedudukan yang paling rendah bagi penghuni syurga." (Muttaqafun Alaih)

Antara Pengajaran dari cerita ini adalah:

Syurga adalah satu tempat yang terlalu istimewa dan sangat selesa untuk kita. Keluasannya melampaui bumi. Jika kedudukan orang yang paling rendah adalah sepuluh kali Bumi, bayangkan orang yang memasukinya lebih awal. So Jom sama-sama kita kejar syurga. Jadilah kita insan yang benar-benar bertakwa kepada
Allah s.w.t dengan melakukan perkara yang makruf dan menjauhi perkara yang mungkar.

Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal Wasalam.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top