Jumaat, 22 November 2013

Kerajaan Umno Terengganu Sedang ‘Melakar’ Skandal Masa Depan

3:28 PTG

Katanya, apa yang menyedihkan ialah permasalahan yang dihadapi oleh syarikat Perwaja Steel Bhd yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan Terengganu pernah terlibat dalam usahasama melalui PTB deangan Gunawan dari Indonesia, membuka sebuah lagi kilang besi.
“Kedua-dua syarikat tersebut mempunyai kepentingan rakyat dengan yag terakhir saham 19% dalam Perwaja dan saham sebanyak 30% dalam Gunawan Steel,
“Kedua-duanya mengalami kerugian, Perwaja rugi sehingga RM 3.2 bilion dan belum pun sempat beroperasi sepenuhnya, Gunawan rugi sebanyak RM90 juta,”jelasnya.
KEMAMAN – Hampir 6 bulan Syarikat Perwaja Steel Sdn. Bhd tidak beroperasi bahkan pengerusinya telah bertukar sehingga menyebabkan berlakunya kelewatan pembayaran gaji kepada pekerja di kilang tersebut.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, HajI Hanafiah Mat, ia menimbulkan persoalan, mengapa pihak kerajaan negeri tidak bertindak bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku terhadap syarikat dan kakitangannya.
“bukankah kerajaan juga mempunyai saham di dalam syarikat tersebut?
“Adakah syarikat Perwaja Steel Bhd akan ditutup dan sekiranya ditutup apakah tindakan kerajaan dalam menangani masalah pekerja-pekerja yang akan diberhentikan akibat daripada penutupan kilang tersebut,” ujarnya.
Oleh itu, beliau mempersoalkan lagi apakah kerajaan Umno Terengganu tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sehingga baru-baru ini, dibawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Said dibuat pula satu usahasama yang baru, juga dalam industri yag sama.
“ yang mana saya pasti masalah yang sama akan berulang juga kepada kilang besi yang sedang dalam pembinaan kini iaitu Syarikat Eastern Steel Sdn.Bhd,
“kali ini usahasama dengan sebuah syarikat dari negara China pula,”kata Hanafiah yang perbah menjadi kakitangan Perwaja.
Justeru, beliau menyifatkan kerajaan Umno akan mengulangi kesilapan masa lalu dan kini sedang melakar skandal baru untuk masa depan.
“belum mula operasi, Ahmad Said sudah umumkan untuk membina terusan sepanjang dua kilometer deangan harga RM20 juta, bernilai RM10 juta satu kilometer,
“apakah maknanya semua ini? Kononnya untuk menjimatkan kewangan menngunakan terusan bagi menjadi kaedah pengangkutan bagi syarikat tersebut, kata Hanafiah

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top