Jumaat, 22 November 2013

Harap Ke JKKK, Rumah Dia Pun Nak Tenggelam Juga!

3:25 PTG

MARANG – [Lihat Video] Engku Abdul Halim Muhammad, 60, dari Kampung Barang dekat Pengkalan Setar dalam DUN Alor Limbat menyelar sikap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) khususnya Pengerusinya yang tidak ambil peduli tentang ‘kesusahan’ rakyat.

Beliau berkata, masalah tiada perparitan di empat kampung berhampiran menyebabkan kawasan tersebut sering ditenggelami air.
“saya mewakili penduduk kampong terbabit (mengalami) masalah air (bertakung kerana) masalah perparitan………… takada perparitan, dulu kampong saya tu ada 2, 3 ‘culvert’ (pembentung), “belakang (kemudian apabila) orang ni tambun, orang tu tambun (tanah akhirnya) tersumbat…..habis tersumbat,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau mendakwa JKKK kampung tersebut tiudak ambil ‘cakna’ menyebabkan air bertakung dan menyebabkan jalan pecah serta rosak.
engkuOleh itu,bagi menyelesaikan masalah tersebut,beliau mencadangkan pihakberkenaan membuat satu ‘laluan air’ dari Kampung Che Hassan hingga ke Kampung Pengkalan Setar.
Katanya, masalah tersebut ‘bukanan’ baharu dan telah berlaku dua tiga tahun yang lalu.
Beliau berkata, ketiadaan longkang di kawasan tersebut menyebabkan kawasan terbabit sering dilanda banjir terutamanya pada musim hujan dan musim tengkjujuh.
“banyak tahun dah berlaku ‘bukanan’ baru, dua….. tiga…… empat tahun dah, sekarang air terpaksa lalu atas jalan (kerana) ‘culvert’ telah tertutup habis,
“pihak yang berwajiub ambillah satu (tindakan) buat satu laluan air dari hujung kampung……..Kampung Che Hassan terus keKampung Pengkalan Star dan terus keSungai…..barulah selesai (masalah itu),”jelasnya.
Menurutnya, pada musim tengkujuh pada tahun lalu, beberapa buah rumah telah ditenggelami air akibat banjir.
Namun begitu, beliau menolak untuk meminta pertolongan dari pada JKKK malah tidak menaruh harapan badan pentadbir kampung itu boleh menyelesaikan masa berkenaan.
Katanya, hadapan rumah Pengerusi JKKK itulah tempat air bertakung sekian lama, tanpa sebarang penyelesaian.
“jadi kita nak harap ke JKKK dia tak ‘cara ’(ambil peduli) depan rumah dia ‘bercekubang ’sekali………….rumah dia pun hampir nak tenggelam juga,”tegasnya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top