Ahad, 13 Mac 2016

Umno Terengganu Dalam Kepanasan

11:16 PG

Merata rata dinaikkan sepanduk RESPECT MY PM, RESPECT MY MB di Terengganu.

Tentu sekali yang naikkan adalah kalangan UMNO kumpulan tertentu yang merasa tertekan dengan hilangnya kepercayaaan dan rasa hormat rakyat Terengganu kepada Perdana Menteri, lebih lebih lagi kepada Menteri Besar yang jika tidak kerana DS Najib, tidak akan mendapat sokongan ADUN2 dan Ketua2 Bahagian UMNO.

Mengarah atau meminta dihormati bukan kebiasaan pemimpin. Penghormatan datang sendiri jika kualiti kepimpinan dipandang terhormat.

Berselindung di belakang speaker DUN bagi mengelak usul undi tak percaya bukanlah tindakan terhormat. Lebih lebih lagi keputusan speaker DUN Terengganu  dilihat janggal seolah olah membelakangkan undang2 tubuh negeri Terengganu. Malah beliau jelas seperti tergesa gesa memendekkan Sidang DUN sedangkan masih banyak urusan kepentingan negeri dan rakyat mahu diketengahkan oleh wakil wakil rakyat.

Dalam keadaan berlatar belakangkan suasana hilang kepercayaan ini yang diusulkan oleh wakil wakil yang dipilih oleh rakyat, tindakan speaker yg telah ditolak oleh rakyat dalam PRU13 lalu, tiba2 dinaikkan sepanduk RESPECT MY MB..

Perdana Menteri pula tak dihormati oleh ahli ahli dan pemimpin UMNO sendiri.

Disuruhnya rakyat RESPECT DS Najib pula.

Untuk rakyat Terengganu yang lebih 97% orang melayu yang bercakap dan menulis dalam bahasa melayu sebagai bahasa harian, slogan RESPECT MY MB, PM ni sendiri adalah meloyakan.

Kalau ada perkataan PLEASE dihadapan, barangkali lebih sopan. Dan tidak kelihatan seperti fe'el amar (kata suruhan).

Dengan segala isu negara dan negeri yang beredar dan jadi bahan bualan rakyat, yang nyata, MB dan PM adalah SUSPECT kepada pelbagai isu yang merugikan negeri dan negara.

Dan rakyat melihat bagaimana UMNO menjadikan SUSPECT2 ini sebagai orang yang perlu dihormati, dipertahankan.

Seperti ungkapan seorang pemimpin kanan UMNO, pemimpin mesti disokong walaupun melakukan kesalahan!

Ajaran apa yang sebenarnya kita turunkan kepada anak anak kita? Berpihak kepada yang batil?

HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
13HB. MAC 2016

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top