Rabu, 23 Disember 2015

Dakwa cuai, pasangan guru saman Hospital Besut RM10 juta

6:32 PTG

Dakwa cuai, pasangan guru saman Hospital Besut RM10 juta
Pasangan itu mendakwa ditawarkan RM14 ribu sebagai saguhati dan dengan syarat tidak perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah namun ditolak oleh mereka. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Sepasang suami isteri memfailkan saman RM10 juta terhadap Hospital Besut, Terengganu dan 10  defendan lain, akibat kecuaian mengakibatkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah Muhamad Sardi, 4 tahun, dua tahun lalu.

Muhamad Sardi Saad dan isterinya, Fadilah Abd Wahab memfailkan writ saman di mahkamah tinggi di sini pada jam 11 pagi Ahad melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors.

Pasangan guru itu menamakan Dr Shairazi Azizi Mohd Salleh; Dr Mohd Ruhaifi Yusuf; Dr Norzaherawati Aryani Md Tahir; Dr Hasmani Hamat; Dr Muhammad Solehuddin Ishak dan Pengarah Hospital Besut, Terengganu sebagai defendan pertama hingga keenam.

Plaintif turut menamakan Dr Noor Ain Noor Afendi, Dr Sharifah Huda Engku Alwi, Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.

Dalam kejadian 5 Disember 2013, mangsa, Ulya Insyirah dimasukkan ke Hospital Besut selepas mengalami muntah yang kerap sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah mengakibatkan keadaannya semakin parah.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia jam 8.05 pagi keesokan harinya.

Berdasarkan laporan perubatan, punca kematian mangsa adalah disebabkan pembengkakkan dalaman yang serius akibat kemasukan air atau lebihan ubat ketika rawatan.
Pasangan itu mendakwa ditawarkan RM14 ribu sebagai saguhati dan dengan syarat tidak perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah namun ditolak oleh mereka.

Sebutan pertama kes, dijangka akan ditetapkan oleh mahkamah dalam tempoh terdekat.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top