Jumaat, 26 Disember 2014

Negara banjir, PM bergolf di Hawaii

9:04 PG

DATUK A KADIR JASIN | .
NEGARA Banjir. Laporan terakhir lebih 90,000 terpaksa berpindah. Perdana Menteri bermain golf di Hawai dengan Presiden Amerika.

Jadi “songsanglah” maklumat SMS pemuda harapan bangsa (PHB) di JPM yang memberitahu pada 15 Disember:  “Salam Datuk, rancangan cuti itu belum muktamad lagi...” dan separuh betullah khabar SMS ketua media PM yang berbunyi “…End of the year taking a break” tanpa menyebutkan di dalam atau luar negara.

Malaysian Insider memetik akhbar The Washington Post sebagai berkata Mohd Najib Abdul Razak adalah antara empat orang, termasuk Obama, yang bermain golf di Pangkalan Pasukan Marin Amerika di Teluk Kanehoe, Hawaii.


Negara Banjir PM Bergolf di Hawaii
Mungkin ini sebahagian daripada kunjungan minta ampun setelah beliau dibelasah oleh diplomat dan media massa Amerika kerana membatalkan cadangan beliau memansuhkan Akta Hasutan.

Tidak perlulah minta ampun atau minta persetujuan Obama atau mana-mana pemimpin dunia untuk memerintah negara. Atau apakah zaman menghantar bunga emas kepada kuasa besar berulang semula?

Kembali di tanah air, Bernama melaporkan 90,250 telah dipindahkan akibat banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang (negeri Mohd Najib), Perak dan Perlis.

Seramai 32,343 di Kelantan diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) and Perlis (265).
 
Kata Bernama, inilah banjir paling teruk di Kelantan dalam ingatan. Banjir paling teruk sebelum ini berlaku di Lembah Kelang pada tahun 1971.

Kerajaan telah membuat peruntukan RM50 juta untuk negeri-negeri terbabit, mengikut Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

Adakah PM kita itu akan terus berada di luar negara sehingga tahun baru atau akan pulang menyertai rakyat jelata yang dilanda dan dihimpit pelbagai mala petaka dan musibah?

Junjung kasih kepada Sultan Perak kerana menitahkan agar Krismas disambut sederhana di negari baginda sebagai tanda simpati  kepada mangsa banjir.

Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com/

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top