KENYATAAN MEDIA GANTI
30HB APRIL 2014
PERHIMPUNAN BANTAHAN KOS SARA HIDUP DAN GST
HARI PEKERJA 1 MAY 2014
Terlebih dahulu GANTI mengucapkan Selamat Hari Pekerja kpd semua rakyat yg bercuti besok. Pekerja adalah aset negara yg perlu dijaga kualiti hidupnya dalam menjamin pembentukan negara yg makmur.
Sehubungan dgn kebenaran yg diberikan oleh Polis Di Raja Malaysia bagi perhimpunan aman yg dijadualkan besok berhampiran Dataran Merdeka, GANTI ingin mengucapkan tahniah atas keupayaan PDRM memahami maksud rakyat yg ingin berhimpun secara aman bagi mengekspresikan bantahan yg wajar. Ini kerana permasalahan Kos Sara Hidup dan tekanan inflasi yg akan didorong oleh pengenalan cukai GST akan dab telah dirasai oleh keseluruhannya rakyat Malaysia termasuk keluarga anggota keselamatan juga.
GANTI berpendapat ruang ini wajar di manfaat kan oleh PDRM dlm membina imej pelindung rakyat, mesra kepada rakyat selain amat membantu mewujudkan ruang yg selesa dan tanpa provokasi yg mengundang tindak balas peserta.
Kepada peserta yg mula membanjiri ibukota khusus nys yg muslim, jagalah perilaku yg menggambarkan akhlak muslim. Yg masih membawa anak2, jgn lah lalai. Pastikan berpakaian yg sesuai. Jgn sesekali berselipar kerana berisiko anda terkandas sehingga menghalang pergerakan besar org ramai. Lebih dikhuatiri keselamatan anda sendiri.
Perihatinlah dgn sekeliling anda. Bantu yg memerlukan. Kita sesama rakyat Malaysia tunjukkan keindahan persaudaraan kita menjunjung matlamat murni perjuangan yg sama.
Akhirnya bersurailah dengan teratur dan selamat sebaik perhimpunan berakhir. Hati hati yg memandu. Sayangi keluarga anda.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN
0 ulasan:
Catat Ulasan