Isnin, 3 Mac 2014

KENYATAAN MEDIA GANTI

10:55 PG

Saya baru melalui jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan terkejut besar melihat ke tengah2 sungai antara Jeti LKIM, jeti Jabatan Perikanan dan MSET dengan pulau pasir tambakan yg sedia ada telah timbul beberapa tompokan baru timbunan pasir yg sangat besar meninggal kan hanya sedikit laluan sempit untuk bot2 nelayan saiz kecil lalu.
Keadaan ini dipercayai berpunca dari keadaan aliran sungai yg menyempit oleh kerja penambakan besar besaran di muara sungai Terengganu khususnya di belakang Pasar Payang.
Sehingga kini JPS langsung tidak memberikan apa apa komen berhubung pelbagai kenyataan dan persoalan yg berulang kali pernah dibangkitkan termasuk oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YBM Dato Raja Kamarul Baharin Shah di Parlimen.
Saya sendiri hairan bagaimana rancangan untuk memperdalamkan muara dan laluan perkapalan dan siap dengan pembinaan benteng pemecah ombak terbesar di negara ini bernilai hampir RM500juta wang rakyat yg asal nya dibentangkan untuk kelulusan bertujuan memperbaiki potensi maritim termasuk kepentingan pengguna2 laluan perkapalan dari kalangan bot2 nelayan, bot pelancong, bot2 agensi kerajaan dari KASTAM, Jabatan Perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM, Jabatan Laut Semenanjung Wilayah Timur, Polis Marin, TLDM dan berbelas2 limbungan perkapalan kecil dan besar kini nampaknya dah bertukar dengan mematikan terus kepentingan pihak yang terlibat langsung dengan aktiviti maritim ini. Sebaliknya sudah bertukar menjadi satu projek hartanah.
Mungkin bagus Jabatan Audit Negara mengulas pada laporan tahun depan.
Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top