Sabtu, 22 Februari 2014

Kunjungan Demi ke kediaman YB Dato Raja Kamarul Baharin

5:51 PTG

Alhamdulillah semalam satu perbincangan lanjutan DEMI (Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu) telah berlangsung di kediaman YB Dato Raja Kamarul Baharin di Kuala Terengganu.


Antara yg hadir Pengerusi DEMI, Tn Hj Yahaya Ali, YB Dato'Dr Khairuddin Attakiri, Dr Roslan Yusof , Tn. Hj. Movin dan Tn. Hj. Hassan Wahid.
Perbincangan menjurus kpd senarai panjang maklumat2, pendapat2, cadangan2 dan kritikan2 yg dikemukakan ketika Majlis Ramah Mesra dan Dialog NGO anjuran DEMI pada 14hb. Februari lalu.
InsyaAllah kami amat yakin semua NGO akan mendapati muafakat ini akan menambah keberkesanan perjuangan NGO2 masing masing.
Untuk permulaan, kita mengajak semua mengeratkan silaturrahim dan saling menghormati dan menyokong perjuangan sesama NGO2. Tingkatkan perhubungan dan janganlah mengasingkan diri dari permuafakatan.
InsyaAllah perjuangan pelbagai isu2 yg melibatkan kepentingan rakyat akan lebih berkesan diperjuangkan bersama.
Baik ia melibatkan soal kos sara hidup, masalah peniaga dan usahawan, isu pendidikan, isu tanah, isu rasuah yg kembali hangat dan pelbagai lagi semua itu perlu gerak kerja yg tersusun, medium yg dipelbagaikan dan penggembelingan sumber yg boleh disinergikan.
Semua itu DEMI rakyat.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top