Khamis, 13 Februari 2014

Ahmad Said Tidak Ada Fokus Keutamaan Dalam Pentadbiran

5:10 PTG

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS mempersoalkan apakah fokus yang menjadi keutamaan kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, urusan di dalam kehidupan manusia tidak boleh keluar daripada tiga perkara.
“yang pertama, Dharuriyyaat (iaitu) urusan yang mesti dihidupkan, jika tidak akan rosak dan binasa seperti menghidupkan ugama, menjaga keselamatan nyawa dan lain-lain lagi,
“yang kedua, Hajiyyaat (iaitu) Urusan yang jika sekiranya tiada, akan menyusahkan kehidupan seperti harta dan wang ringgit,
“(dan) yang ketiga, Tahsiniyyaat dan Tarfihiyyaat (iaitu) urusan yang ada pun tak apa dan tiada pun tak apa seperti hiburan yang diizinkan oleh syara, perhiasan yang tidak melampau dan lain-lain lagi,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahmad Said selaku ketua kerajaan solah-olah mengutamakan soal remeh temeh dalam pentadbiran negeri dengan menganjurkan dan mengetuai tindakan bersumpah dengan al-Quran dalam isu bola sepak.
Kamaruzzaman Abdullah“Agak-agaknya kesungguhan Dato Seri Ahmad Said, MB Terengganu supaya pemain-pemain bolasepak bersumpah dengan Al-Quran tergolong di dalam kategori mana,
“sehingga ianya begitu penting ?!,”soal beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abadullah kesal kerana Ahmad Said seolah-olah ‘memperalatkan’ kitab suci al-Quran dalam tindakan yang jelas menjadi agenda ‘propaganda’ dan ‘politik’ peribadi beliau.
Beliau menyifatkan tindakan Ahmad Said tidak kena pada tempatnya sehingga meminta para pemain bersumpah dengan al-Quran semata-mata kerana bola sepak.
“Pemuda PAS kesal kerana ‘kehendak’ bola sepak beliau sanggup mngajak bersumpah denga al-Quran………kenapa kah dalam isu-isu lain tidak (sedemikian),
“dalam hukum Islam bersumpah ini mesti kena pada tempatnya……..(soal) dasar dan membawa kepada ‘mubahalah’,”jelasnya.
Katanya, al-Quran memberikan panduan perkara yang berkaiatan dengan ‘mubahalah’ antaranya seorang suami yang menuduh isterinya berzina yang membabitkan hukum ‘Lian’, perlu membawa kepada ‘bersumpah’.
Begitu juga soal dasar perjuangan, samada ia bertepatan atau tidak dengan hukum Allah, sepatutnya kata beliau, boleh dianjurkan supaya bersumpah.
“tapi dalam bab bola sepak ini, bukan sebenarnya ‘Dharuriyyaat’ (keutamaan)………tapi (bol sepak hanya) benda yang sampingan,
“maksudnya agenda (bola sepak) ini tidak menjadi apa-apa kesan (kepada kehidupan rakyat),”tegasnya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top