Assalamualaikum Wrt Wb.
Alhamdulillah, sekalipun usia GANTI baru 2 bulan, baru sebentar tadi kita mencatat keahlian seramai 2000 orang. Ini adalah suatu perkembangan yang sangat memberansangkan. Blogspot GANTI pula telah mencatat sokongan 15,800 pengunjung.
InsyaAllah, bagi pihak Lembaga Pengarah GANTI kami akan terus berusaha dengan lebih giat untuk mengembangkan medan amar makruf nahi mungkar GANTI.
Untuk itu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan semua dan mengharapkan dokongan berterusan bagi menjayakan misi untuk kebaikan bersama ini.
Sekian dengan hormatnya, terima kasih.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
GANTI MENGAJAK PERUBAHAN
Isnin, 6 Januari 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan