Jumaat, 13 Disember 2013

Ustaz Alias Abd Hamid Terajui PAS Kemaman - 2013 -2015

6:30 PTG

Kemaman, 14hb. September 2013 : PAS Kawasan Kemaman mendapat Yang DiPertua (YDP) baru apabila perwakilan memilih Ustaz Alias Abdul Hamid, 47 tahun, dalam Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-53 di Mujamma As Shafei, Taman Islam Kemaman, semalam.

(Ustaz Alias Abdul Hamid (kanan) bersalaman dengan Timbalannya, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik (kiri) semasa MAT berehat seketika, semalam)
MAT 2013 telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS dan YB Arifin Deraman sebagai wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Timbalan Yang DiPertua dimenangi tanpa bertanding oleh penyandang sessi lepas, Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik manakala Ustaz Hj Hazri Jusoh mengekalkan jawatan Naib Yang DiPertua dalam pertandingan tiga penjuru.
Seramai 550 perwakilan dari 68 cawangan dan ahli jawatankuasa Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan telah memilih 16 orang AJK untuk sessi 2013/2015 yang terdiri daripada Hj. Abdul Razak Ibrahim, Halfian Ahmad, YB Hj Hanafiah Ramli, Hj Johan Ismail, Mahadi Mahmud, Maznan Chik, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus, Mohd Tishaah Hamzah, Nafisah Binti Harun, Noor Reha @ Zaiton Jusoh, Ustaz Osmarizal Omar, Roslan Endut, Ustaz Suhaimi Sahidin. Hj Wahab Ahmad dan Zulkifli Mat Yakim.


 Ahli Jawatankuasa yang dipilih juga telah sebulat suara melantik Mohd Hafiz Adam sebagai Setiausaha PAS Kawasan Kemaman sessi 2013/2015, YB Hj Hanafiah Ramli sebagai Ketua Penerangan dan Hj Johan Ismail sebagai Bendahari.
MAT juga mengesahkan pemilihan Ustaz Ramlan Mahmud sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman (DPPKK) yang baru menggntikan YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang melepaskan jawatannya.
Ustaz Ali Mohd dan Ustazah Fainah Mat telah dipilih sekali lagi sebagai Ketua Dewan Ulama dan Ketua Dewan Muslimat untuk sessi baru ini.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top