Khamis, 19 Disember 2013

Lepak Santai Ganti (LSG) - 2

7:41 PG

Alhamdulillah mesyuarat NGO GANTI malam tadi di rumah presiden GANTI Tuan Hj Amzad berjalan dengan sempurna.

kami membincangkan Program LEPAK SANTAI GANTI 2(LSG2) yang akan diadakan di dewan futsal Durian Burung

Tarikh belum dimuktamatkan lagi tetapi In Sha Allah pada awal Januari 2014 ianya adalah untuk selaraskan dengan tuan pemilik dewan futsal & juga berapa team futsal yang akan bertanding pada kejohanan futsal sempena dengan program LSG2

Agenda utama pada program LSG2 adalah berkait rapat dengan permasalahan sosial anak muda sekarang yang dilihat amat meruncing seperti isu rempit...

Ngo GANTI akan cuba merungkai permasalahan ini agar isu sosial anak muda dapat dibendung dari terus merebak dengan membentangkan pelbagai pelan tindakan susulan hasil daripada Program LSG2 nanti...maka Ngo GANTI akan buka booth pada hari perlawanan futsal nanti untuk pendaftaran keahlian GANTI serta menjual produk2 daripada GANTI seperti baju, stiker dan juga mengedarkan risalah GANTI.

Hebahan akan kami sebarkan seminggu sebelum program bermula melalui pelbagai cara antaranya melalui blog GANTI, wall GANTI dan kami akan memasang banner dilokasi yang dianggap strategik


DiLapur
Puan Rusni 
Setiausaha GANTI

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top