Jumaat, 6 Disember 2013

KENYATAN MEDIA GANTI 6HB DISEMBER 2013

10:14 PTG

Assalamualaikum Wrt Wb.  ISU BANJIR DAN KAITAN DENGAN PROJEK PENEBUSAN TANAH (LAND RECLAIMATION) DI BELAKANG PASAR PAYANG DAN DATARAN SHAHBANDAR

Banjir yang luar biasa yang berlaku dalam minggu ini sebahagiannya disumbangkan oleh perbuatan manusia.


Semalam di sepanjang tebing sungai Terengganu air mendadak naik dan telah berlaku banjir di beberapa lokasi yang rendah. Selain faktor pasang surut air, projek penebusgunaan tanah (land reclaimation) secara berleluasa di basin muara sungai Terengganu dapat dilihat secara jelas menyebabkan sungai menjadi sempit. Basin muara sungai hilang keluasannya sehingga 1/3 dari saiz asalnya yang pernah menjadi sebuah pelabuhan terulung dalam lipatan sejarah gemilang Kuala Terengganu.


Hujan yang lebat menyebabkan isipadu air yang bergerak dari hulu ke kuala sungai bertambah dengan drastik. Penyempitan kuala sungai yang telah diburukkan oleh land reclaimation menyebabkan saiz laluan air utk discharge keluar menjadi kecil relatif kepada isipadu air yang besar yang datang mengalir dari hulu. Kerana itu air melimpah, paras air meningkat dengan cepat dan lambat turun.

Perhatikan gambar bawah ketika tambakan belakang Kampung Cina dilakukan beberapa tahun lalu.

Gambar menunjukan tanah reclaimation asal berdekatan Jambatan Sultan Mahmud (kini semakin besar dengan mendadak), reclaimation baru di belakang Kampung Cina dan reclaimation di Kg Batin yg menjulur masuk ke dalam basin. Semua ini menyempitkan basin. Reclaimation di luar basin lebih 150 ekar tidaklah dianggap ancaman kerana ia berada diluar muara sungai dan tidaklah merosakkan basin.

Ini sebelum reclaimation baru secara besar-besaran yang sedang berlaku sekarang sehingga beratus meter masuk ke dalam basin di belakang Pasar Payang dan Dataran Syahbandar. Foto seperti saya tunjukkan.

Tinjauan pagi tadi nampak jelas paras air tinggi. Ini di Jambatan Buluh Gading dan keadaan yang sama di Jambatan Sultan Mahmud, Pulau Rusa.

Projek penambakan Land Reclaimation belakang Pasar Payang dan Dataran Shahbandar akan menyempitkan basin muara Sungai Terengganu sehingga 1/3 dari saiz asal. Ini setelah beberapa siri reclaimation yang nyata secara fizikal menyekat aliran sungai yang akan mempercepatkan pencetekan sungai.

Projek ini bertentangan dengan matlamat asal perbelanjaan lebih RM470juta terdahulu sekitar tahun 2004 menggunakan dana rakyat bagi memperdalamkan laluan perkapalan bagi kegunaan kapal-kapal kerajaan, bot, bot pelancong, bot-bot nelayan dan industri perkapalan yang paling tua bertapak dalam negara milik usahawam bumiputera. 2 benteng pemecah ombak terbesar di Asia tenggara dibina bagi melindungi laluan perkapaln tersebut dari menjadi cetek.

Siri projek-projek penebusan tanah yg dilaksanakan sekarang sangat diragui sama ada melalui prosedur yang biasa. Tidak dapat dibuktikan Kajian EIA telah dibuat dan Jabatan Parit Saliran dilihat sangat membisu terhadap projek sebesar ini impaknya.

Untuk itu GANTI menuntut supaya Jabatan Parit Saliran mengesahkan projek ini telah melalui prosedur yang betul dan beri jaminan ia tidak mengganggu aliran sungai sehingga meningkatkan risiko banjir.

GANTI tidak akan teragak-agak mengemukakan aduan kepada SPRM jika projek yang dilihat berpotensi merosakkan alam sekitar dan membahayakan nyawa dan hartabenda awam ini , ternyata didapati mempunyai irregularities (keluarbiasaan) dan khianat kepada dana awam.


Sekian, dengan hormatnya. Terima kasih

Wassalam Wrt Wb.
Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf-GANTI
GANTI dengan yang amanah.




Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top