Selasa, 24 Disember 2013

GANTI MENGUTUK PENAHANAN AZAN SAFAR

6:49 PG

GANTI terkejut dgn tindakan pihak berkuasa menahan Sdra Azan Safar, Pengerusi TURUN.
Masalah-Masalah dan isu-isu yang dibangkitkan oleh TURUN adalah isu2 bersama yg dikongsi oleh seluruh rakyat yg GANTI sebagai pergerakan Amar Makruf Nahi Mungkar turut menyahut seruan untuk memberikan dokongan.
Lantaran itu GANTI menyatakan solidariti terhadap kenyataan Dewan Pemuda PAS Malaysia dlm isu ini.
GANTI menuntut pembebasan Sdra Azan Safar serta merta.
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf GANTI
GANTI Menuntut Perubahan!

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA MENGUTUK PENAHANAN AZAN SAFAR
Semalam Saudara Muhammad Azan Safar, pengerusi TURUN telah di tahan di balai polis Dang Wangi atas tuduhan cubaan menganjurkan himpunan pada 31 Disember ini. Beliau ditahan malam semalam dan polis akan mendapatkan perintah reman daripada Majistret pada pagi ini (24/12/2013).
Ketidakpuasan hati anak-anak muda terhadap masalah ekonomi terkini seperti kenaikan tarif elektrik, kenaikan tol, cukai GST dan lain-lain masalah-masalah ekonomi negara adalah diakibatkan oleh keborosan dan ketirisan kerajaan yang tidak diambil langkah yang serius oleh pihak kerajaan.
Saya melihat usaha anak-anak muda untuk mengadakan bantahan aman bukan sahaja mewakili anak muda, bahkan ia adalah tindakan membela dan menyedarkan rakyat. Selama mana ianya adalah perhimpunan aman bagi meluahkan kebenaran, maka selama itu ianya perlu dihormati. Mana-mana tindakan dan kenyataan provokasi seperti cuba menggambarkan himpunan aman itu adalah ‘perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan’ sebagaimana yang digambarkan oleh beberapa akhbar arus perdana hari ini, sepatutnya diambil tindakan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa kerana mengeruhkan keadaan dan suasana serta melahirkan rasa tidak selamat di dalam masyarakat.
Bagi saya, sebelum pihak berkuasa menahan reman saudara Azan Safar, sepatutnya pihak berkuasa menahan terlebih dahulu mereka-mereka yang terlibat dengan masalah ketirisan negara khususnya sebagaimana yang dilaporkan di dalam audit negara baru-baru ini. Mereka-mereka ini adalah penjenayah negara sebenar yang boleh melingkupkan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat keseluruhan, bukannya menangkap saudara Azan Safar.
Saya, KP, TKP dan NKP pergi ke Balai Polis Dang Wangi selepas mesyuarat DPPM semalam bagi memberikan sokongan moral sekalipun tidak dapat bertemu beliau.
ZAHARUDIN MUHAMMAD
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Bertarikh : 24 Disember 2013

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top