Ahad, 1 Disember 2013

GANTI : Kenyataan Media. Isu Sabasun

2:20 PTG


Kenyataan Media. 

Susulan dari Pendedahan Isu Sabasun ketika Program LEPAK SANTAI GANTI 1, Wakaf Tembesu pada 29hb.Nov 2013 anjuran Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ) isu ini telah mendedahkan wajah buruk pentadbiran yg diamanahkan kepada Sang Pejuang Bangsa, Sang perkasa konon Pertahan Kesucian Agama dan berdasarkan trafik internet bagaikan goreng pisang panas. 



Isu ini telah menyingkap tabir nasib yg turut dialami okeh usahawan2 melayu yg lebih kecil seperti peruncit, penjaja, pasar malam, Pasar Payang, Pasar Borong Gong Pauh, Pasar Chabang Tiga. Kalau pemilik Pasaraya muslim yg gigih berdeoan badai tsunami kebanjiran pasaraya asing pun boleh dianiayai. Inikan pula yg bilis-bilis.

Sabasun sepatutnya dibantu supaya jadi jenama seluruh negeri dlm 2 tahun, ke peringkat kebangsaan dlm 5 tahun!!! Bukannya ditekan supaya 'mampus baham tanoh!!!'.

Sebagai Presiden GANTI, saya seru sikap masyarakat yg buat tak endah nasib sesama Islam ini diganti. Cuit peha kanan, harusnya berdenyut ke paha kiri malah seluruh anggota.

Susulan itu saya menyeru satu SIMPOSIUM BELA USAHAWAN MELAYU DAN ISLAM digerakkan segera dgn kerjasama semua NGO-NGO. Satu mesej keras perlu dihantar kepada yg diberi amanah. Jangan khianat harapan rakyat. Simposium ini wajib menerbitkan satu Memorandum Rakyat. Yang akan diserahkan dalam satu perhimpunan rakyat.

Terima kasih.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )

GANTI yang khianat dengan yang amanah!

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top