Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu & Pengerusi UMNO Terengganu
Saya tidak terkejut apabila membaca rencana Dr Syed Azman Syed Ahmad yang bertajuk: tanah kerajaan Terengganu di Lelong. Kenapa? Kerana kerajaan Terengganu bukan saja ketika diterajui oleh Datuk Seri Ahmad said, malah sejak dulu dulu lagi kes sama dibiarkan begitu.
Tanah milik rakyat yang diambil oleh kerajaan dengan tujuan pembangunan untuk rakyat juga dan diberi kepada syarikat-syarikat tertentu akhirnya hilang dek dilelong oleh bank. Pada hal kerajaan ada kuasa dan ada kemampuan untuk mengambil balik tanah tanah yang dilelong bank itu. Tetapi malangnya enggan berbuat demikian.
Kita tidak tahu mengapa pihak kerajaan membiarkan tanah tanah milik melayu asalnya terlepas ke tangan bukan Melayu. Satu demi satu.
Sekarang ini kerajaan sedang berusaha untuk mengambil tanah milik orang melayu di Kuala Nerus seluas 378 ekar. Pengambilan itu dibuat atas nama pembangunan ekonomi rakyat iaitu membina Bandar baru “Perkasa Alam”.
Yang malangnya Bandar baru perkasa Alam itu akan di swastakan kepada tauke China beralamat di Johor Baharu.
Hendak kata kerajaan Terengganu tidak mampu membina Bandar baru perkasa Alam semacam mustahil.
Ini pasti ada benda yang tidak kena berlaku pada kerajaan yang diterajui Ahmad said. Kalau tidak mengapa Bandar baru perkasa alam akan diserahkan kepada tauke China. Saya di fahamkan tauke china yang akan diberi projek membina Bandar baru perkasa Alam itu tauke china Singapura yang beralamat di Johor Baharu.
Tauke China yang telah diberi kepercayaan orang kerajaan Terengganu yang diterajui Datuk Seri Ahmad said itulah yang sambut lelongan salah sebuah Bank, iaitu tanah milik melayu di Wakaf Tembesu seluas 25 ekar.
Yang pelik dan malang lagi bangunan kedai tiga dan empat tingkat sejumlah 178 unit diatas tapak seluas 25 ekar itu tak sampai 30 orang dibeli oleh orang Melayu. Orang Melayu tidak diberi peluang untuk membeli bangunan kedai yang berharga dari RM 1 juta ke atas dengan alasan bangunan yang sedia ada itu sudah habis dibeli oleh orang china.
Bangunan 178 unit berharga antara RM 800,hingga RM 1 juta itu jelas menafikan hak Melayu, kerana tak sampai 30 orang dibeli oleh Melayu.
__________________________________
Bukti UMNO memperjuangkan Melayu semakin terserlah dengan memberi banyak peluang ekonomi kepada kaum Cina di Kuala Nerus, Terengganu. Sedangkan di situ hampir 100 % penduduk orang melayu...
walau bagaimanapun, penyokong UMNO tetap menyokong UMNO hingga ke titis air terakhir sambil mencium keris & melaungkan "Hidup UMNO!!" "Hidup Melayu"
amat menyedihkan & memedihkan kerana masih ada lagi orang melayu menyokong UMNO...
Artikel asal : http://www.gempak.org/forum/264-politik/111728-bandar-perkasa-alam-projek-kerajaan-umno-menghapuskan-pengaruh-ekonomi-melayu.html
0 ulasan:
Catat Ulasan