Isnin, 16 Disember 2013

Apa yang perlu di GANTI sebenarnya?

12:58 PTG

Sanggup kumpulan NGO bernama singkatan GANTI - Gerakan Anak Terengganu Insaf ini meredah laluan berlompak berlubang, berbukit berbukau untuk jejakkan kaki ke Kampung Paling hujung di Hulu Dungun dan bersempadanan dengan Hulu Tembeling.
Beratus kilometer bukan dekat. Nak kata berkempen tak pula terdengar PRK di sana.Mesti ada sesuatu yang cuba dibawa kumpulan ini. Namun pastinya Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim ada jawapannya...
Ye lah..sampai orang kampung berlompongan apabila kumpulan ini memperkenalkan diri. " kami dari GANTI". Namun sedikit sumbangan dihulur oleh mereka diterima baik penduduk Kampung Pasir Raja.
Mungkin masyarakat di sini beranggapan GANTI satu kumpulan kebajikan. Apa pun persepsi biarlah Kumpulan ini membenih satu semaian yang nanti boleh tumbuh merimbum separa pokok chengal terbesar di Asia yang kebetulan tumbuh gah ribuan tahun dahulu di sini.







Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top