Jumaat, 6 Disember 2013

“Apa salahnya jika tanah kawasan parkir dijual terus Kepada sabasun” -Yang Dipertua DPMMT

4:49 PTG

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT), Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata, pihaknya ingin melihat usahawan Melayu maju, bukan mundur.

Katanya, masalah Antara Sabasun dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) boleh diselesaikan dengan menggunakan budi bicara pihak berkuasa.

“Mengenai masalah teknikal dan birokrasi yang dihadapi Sabasun, pihak kerajaan perlu beri kelonggaran kepada mereka dengan mengurangkan karenah birokrasi.

“Mungkin disebabkan pelbagai kesulitan dialami Sabasun menyebabkan mereka telah berputus asa untuk berurusan lagi dengan pihak MBKT.
“Jika benar Sabasun tidak cukup kawasan parkir, apa salahnya jika beri kemudahan parkir kepada mereka, jika bangunan mereka tidak cukup luas untuk tampung barang yang dijual, apa salahnya jika beri mereka ruang untuk besarkan bangunan.

“Apa salahnya jika tanah kawasan parkir di belakang Sabasun itu dijual terus kepada syarikat itu supaya mereka boleh terus maju. Jika dilihat pada struktur asal tanah itu, kita tidak nampak sebarang pembangunan yang boleh dibangunkan di situ oleh pihak kerajaan.

“Kalau betul cerita daripada pihak pemilik Sabasun itu, kita rasa agak kecewa, takkan sebab berebut kawasan parkir yang seluas itu, mereka tidak boleh besarkan perniagaan,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.

Beliau berkata, sepatutnya, pihak kerajaan membantu Sabasun sebagaimana bantuan yang telah diberikan kepada pasar raya besar yang lain seperti Mydin dan Giant.

“Sepatutnya kita tolong Sabasun sebagaimana kita bantu Mydin dan Giant. Sepatutnya kerajaan beri tanah ‘prime’ juga kepada Sabasun sebagaimana Mydin dan Giant..Barulah mereka tak berdepan dengan kesulitan sebegini,” katanya.

Tengku Ismail berkata, pihaknya menyokong penuh saranan memperkasakan ekonomi bumiputera.
“Kita perlu memperkasakan ekonomi bumiputera, sebagaimana saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Kalau mengikut kes ini..sepatutnya Sabasun sebagai syarikat utama untuk kita beri galakan.. bagi mengelak usahawan Melayu dipinggirkan sekali gus menyahut dalam agenda yang baru dilancarkan PM itu,” katanya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top