Sabtu, 21 Disember 2013

500 berhimpun tanda solidariti buat Abdul Qadir Mullah

8:36 PG

KUALA TERENGGANU: Lebih 500 umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Pengadang Baru selepas solat Jumaat, sebagai tanda solidariti umat Islam terhadap kematian as-syahid Abdul Qadir Mullah.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata tujuan perhimpunan secara aman selepas solat Jumaat ini sebagai tanda solidariti umat Islam di Terengganu dengan kematian pemimpin gerakan Jamaat-e-Islami Bangladesh itu.

Katanya, as-Syahid Abdul Qadir Mullah merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh yang dihukum gantung oleh pemerintah kerajaannya.

Menurutnya, pemimpin gerakan Islam tersebut ‘dibunuh’ atas pertuduhan yang dianggap palsu bagi dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

“Himpunan kita pada hari ini sebagai tanda solidariti dengan menyata dan menzahirkan kebencian kepada kerajaan Bangladesh yang bersikap kurang ajar kepada Allah SWT.

“Kenapa mereka begitu benci kepada Syeikh Abdul Qadir Mullah, pemimpin gerakan Jamaat-e-Islami, kerana dia (Abdul Qadir) telah menghabiskan masa dia, keringat dia, idea dia untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

“Dia mengajak orang Islam untuk kepada kepada Allah, begitu mudah Allah Taala menganugerahkan syahid di sisi Allah SWT, walau pun asalnya pertuduhan yang dijatuhkan ke atasnya itu penjara seumur hidup,” ujarnya.
Turut berucap ialah AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top