Oleh : Ahmad Amzad Hashim ( Presiden GANTI)
Saya nak ucapkan tahniah kepada JHEAT kerana buat pertama kali teks khutbah Jumaat yang dibaca oleh khatib menghurai secara jelas bila menyentuh ayat seruan agar bersatu padu melalui ayat "Wa' tasimu bihablillaahi jamiian walaa tafarroqu..." 103 Al Imran yang terjemahannya:
"Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya."
Kalau dulu seruan ini selalunya melalui khutbah difokuskan semata-mata bersatu tanpa dihuraikan maksud `hablillah'
Kali ini dijelaskan supaya berpegang dengan hablillah itu bermaksud mengenggam kuat2 pada syariat Islam, hukum-hukumnya, cara hidupnya, undang-undang syariahnya.
Saya berpendapat ada banyak kebaikannya bila Tuanku Sultan sebagai ketua agama mula menterjemahkan kuasa baginda secara lebih jelas ke institusi agama yang selama ini terlalu dipolitikkan. Moga ini petanda tiada lagi diskriminasi agihan zakat fakir miskin, perlantikan pegawai masjid, agihan bantuan sekolah-sekolah agama, pentauliahan guru agama dan macam-macam lagi. Saya fikir isu Kehakiman Syariah yang dikatakan akan diletak di bawah Maidam hanyalah pelaporan separuh masak yang bertujuan menaikkan sentimen marah kononnya merendahkan martabat kehakiman syariah dengan letak bawah `kaki' pengurusan MAIDAM.
Sedangkan mungkin saja Kehakiman Syariah akan tertegak sebagai Institusi lebih unggul yang terus bawah Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama yg sekali gus memerdekakan sekali lagi satu lagi institusi yang penting dari cengkaman politik.
Sebagai rakyat, biasa saya sekeluarga mengaminkan sepenuh hati doa hujung khutbah Jumaat agar Tuanku Sultan diberi kekuatan dan petunjuk bimbingan Ilahi dalam melaksanakan amanah baginda. Ia mungkin diterjemahkan dalam bentuk pegawai2 yang ikhlas, jujur, amanah, beriman, berilmu yang mendampingi dan menyampai buah fikiran untuk perkenan baginda.

0 ulasan:
Catat Ulasan