Sabtu, 30 November 2013

Rekaan dan bahan kualiti rendah punca bumbung stadium Terengganu runtuh

2:08 PTG

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
JULY 18, 2013
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin hari ini memberitahu Dewan Rakyat keruntuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu berpunca daripada faktor rekaan tidak memadai dan bahan serta hasil kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi.

Rosnah turut menjelaskan, jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada penghujung 2009 membentangkan faktor penyebab lain ialah faktor kawalan dan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek.
“Kementerian Kerja Raya (KKR) difahamkan kerajaan negeri Terengganu masih mengumpul bukti untuk memfailkan saman awam kepada pihak yang terbabit dengan projek ini.
“Projek bernilai RM292.9 juta itu siap pada Mei 2008 dan pada Jun 2009 sebahagian bumbung yang runtuh ditutup untuk baik pulih. Jawatankuasa penyiasatan ditubuhkan pada akhir 2009 untuk kenal pasti punca runtuhan,” katanya.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berhubung apakah pengajaran yang dapat diambil berhubung keruntuhan bumbung berkenaan, Rosnah berkata KKR sudah menubuhkan jawatankuasa khas pada bulan ini yang terdiri daripada pakar industri pembinaan negara bagi mengkaji amalan semasa pembinaan dan mengemukakan syor penambaikan kepada kerajaan untuk pertimbangan.
“Jawatankuasa ini diberi masa tiga bulan  untuk  mengumpul dan melakukan siasatan dengan melawat tapak binaan. Hasil kajian akan diperoleh menjelang pertengahan September tahun ini,” katanya.
Stadium bernilai hampir RM300 juta itu hanya sempat digunakan setahun termasuk penganjuran Sukan Malaysia 2008 sebelum bumbung bahagian barat stadium itu runtuh pada Jun 2009.
Stadium yang mempunyai fasiliti untuk pelbagai jenis sukan itu kemudiannya dibaik pulih dan bumbung bahagian timur juga terpaksa dibuang atas faktor keselamatan.
Tetapi sekali lagi insiden berlaku apabila bumbung berkenaan roboh pada Februari tahun ini ketika kerja pembinaan sedang dijalankan. - 18 Julai, 2013.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top