Tazkirah Kasih Sayang sesama kita
Assalamualaikum Wrt Wb
“Hari ini mereka halang jalanraya kita, esok lusa mereka sekat pintu pagar kita”
حدثنا يحيى بن يحيى. قال: قرأت على مالك عن سمي، مولى أبي بكر، عن أبي صالح، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيْقٍ، وَجَدَ غَصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيْقِ، فَأَخَّرَهُ. فَشَكَرَ اللهُ لَهُ. فَغَفَرَ لَهُ”.
127 – (1914)
Hadits riwayat AbuHurairah ra :
Rasulullah saw bersabda : Pada suatu ketika seseorang berlalu dijalan raya dan didapatinya sepotong ranting berduri lalu disingkirkannya. Maka karena hal tersebut Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.
(Hadits Shahih Muslim : 1914-127)
حدثني زهير بن حرب. حدثنا جرير عن سهيل، عن أبيه، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ. قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم “مَرَّ رَجُلٌ بِغَصْنِ شَجَرَةٍ عَلَى ظَهْرِ طَرِيْقٍ. فَقاَلَ: وَاللهِ! َلأُنَحِّيَنَّ هٰذَا عَنِ الْمُسْلِمِيْنَ لاَ يُؤْذِيْهِمْ. فَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ”.
128 – (1914)
Hadits riwayat AbuHurairah ra:
Rasulullah saw : Seorang laki-laki bertemu dengan sepotong ranting berduri ditengah jalan. Lalu dia berkata: Demi Allah akan aku buang ranting ini supaya jangan membahayakan kepada kaum Muslimin. Karenanya, orang itu dimasukkan kedalam surga.
(Hadits Shahih Muslim : 1914-128)
حدثناه أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا عبيدالله. حدثنا شيبان عن الأعمش، عن أبي صالح، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ “لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلاً يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيْقِ. كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ”.
129 – (1914)
Hadits riwayat AbuHurairah ra
Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya saya melihat seorang yang mundar mandir dalam surga karena memotong sebuah pohon kayu di tengah jalan yang mengganggu (lalu lintas) orang banyak.
(Hadits Shahih Muslim : 1914-129)
Kerana itu GANTI dalam proses berbincang dgn Jawatan Kuasa Surau (Masjid Lama) Durian Burung untuk memulakan Kempen Anti Rempit dan Bohsia bertujuan memberi kesedaran dan menggerakkan seluruh masyarakat supaya terlibat sama membenteras gejala ini.
Satu perhimpunan masyarakat akan di adakan segera bertempat di Surau (Masjid Lama) Durian Burung untuk berbincang. InsyaAllah saya akan cuba berhubung dengan Unit Trafik PDRM K.Terengganu untuk menghantar wakil sama. NGO2 yang berminat untuk turut sama diminta berhubung dengan GANTI. InsyaAllah kita akan aturkan supaya YB Ahli Parlimen dan ADUN dapat bersama.
Format Kempen ini termasuklah Membentang Sebanyak mungkin Banner anti rempit sumbangan pelbagai pihak sepanjang jalan Durian Burung. Petang Jumaat dan Sabtu adalah ketika waktu puncak gejala rempit siang hari yang amat menyusahkan dan membahayakan rakyat. Penduduk kampung dan semua masyarakat yang berminat untuk membantu akan menunggu ditempat2 yang ditentukan dalam jumlah yang ramai di tepi jalan berkenaan. Kanopi2 sebagai pos berhimpun akan di atur di tepi jalan. Para penyumbang boleh bawa makanan seperti mee goreng, keropok, air mineral, minuman untuk peserta kempen. Masyarakat digalakkan berhimpun untuk tunjuk kemarahan kepada kumpulan rempit ini. Bawalah sama kain rentang. Bawalah sama batang kayu sebagai tanda kita betul2 marah.
InsyaAllah jika kita bersama jayakan ini selepas katakan selama 5 minggu berturut2 melakukannya, gejala ini akan sama2 dapat kita atasi. Selain dari itu, kita secara tak langsung akan merapatkan silaturrahim antara kejiranan dan seluruh rakyat amnya. Proses pembentukan sikap terhadap sesuatu isu perlu kita gerakkan bersama, dan bukan semata-mata berharap ia berlaku sendiri.
Wassalam
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
"GANTI dgn kehidupan yang lebih baik".

GANTI adalah gerakan amar makruf dan nahi mungkar. Masalah rempit dan bohsia di Kuala Terengganu khususnya sepanjang jalan Durian Burung perlu kita selesaikan segera. Ini kerana sikap melampau kumpulan rempit ini sehingga menjadi raja di atas jalan, menyekat laluan pengguna jalanraya serta mendatangkan bahaya kepada yang sedang menghadapi kes kecemasan seperti sakit mahu bersalin dan sebagainya. Usaha PDRM akan terus terbantut jika masyarakat tidak memberikan sokongan sedangkan meringankan kesusahan muslim yang lain satu tuntutan Islam yang amat besar ganjarannya.
حدثنا يحيى بن يحيى. قال: قرأت على مالك عن سمي، مولى أبي بكر، عن أبي صالح، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيْقٍ، وَجَدَ غَصْنَ شَوْكٍ عَلَى الطَّرِيْقِ، فَأَخَّرَهُ. فَشَكَرَ اللهُ لَهُ. فَغَفَرَ لَهُ”.
127 – (1914)
Hadits riwayat AbuHurairah ra :
Rasulullah saw bersabda : Pada suatu ketika seseorang berlalu dijalan raya dan didapatinya sepotong ranting berduri lalu disingkirkannya. Maka karena hal tersebut Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.
(Hadits Shahih Muslim : 1914-127)
حدثني زهير بن حرب. حدثنا جرير عن سهيل، عن أبيه، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ. قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم “مَرَّ رَجُلٌ بِغَصْنِ شَجَرَةٍ عَلَى ظَهْرِ طَرِيْقٍ. فَقاَلَ: وَاللهِ! َلأُنَحِّيَنَّ هٰذَا عَنِ الْمُسْلِمِيْنَ لاَ يُؤْذِيْهِمْ. فَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ”.
128 – (1914)
Hadits riwayat AbuHurairah ra:
Rasulullah saw : Seorang laki-laki bertemu dengan sepotong ranting berduri ditengah jalan. Lalu dia berkata: Demi Allah akan aku buang ranting ini supaya jangan membahayakan kepada kaum Muslimin. Karenanya, orang itu dimasukkan kedalam surga.
(Hadits Shahih Muslim : 1914-128)
حدثناه أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا عبيدالله. حدثنا شيبان عن الأعمش، عن أبي صالح، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،
عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ “لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلاً يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيْقِ. كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ”.
129 – (1914)
Hadits riwayat AbuHurairah ra
Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya saya melihat seorang yang mundar mandir dalam surga karena memotong sebuah pohon kayu di tengah jalan yang mengganggu (lalu lintas) orang banyak.
(Hadits Shahih Muslim : 1914-129)
Kerana itu GANTI dalam proses berbincang dgn Jawatan Kuasa Surau (Masjid Lama) Durian Burung untuk memulakan Kempen Anti Rempit dan Bohsia bertujuan memberi kesedaran dan menggerakkan seluruh masyarakat supaya terlibat sama membenteras gejala ini.
Satu perhimpunan masyarakat akan di adakan segera bertempat di Surau (Masjid Lama) Durian Burung untuk berbincang. InsyaAllah saya akan cuba berhubung dengan Unit Trafik PDRM K.Terengganu untuk menghantar wakil sama. NGO2 yang berminat untuk turut sama diminta berhubung dengan GANTI. InsyaAllah kita akan aturkan supaya YB Ahli Parlimen dan ADUN dapat bersama.
Format Kempen ini termasuklah Membentang Sebanyak mungkin Banner anti rempit sumbangan pelbagai pihak sepanjang jalan Durian Burung. Petang Jumaat dan Sabtu adalah ketika waktu puncak gejala rempit siang hari yang amat menyusahkan dan membahayakan rakyat. Penduduk kampung dan semua masyarakat yang berminat untuk membantu akan menunggu ditempat2 yang ditentukan dalam jumlah yang ramai di tepi jalan berkenaan. Kanopi2 sebagai pos berhimpun akan di atur di tepi jalan. Para penyumbang boleh bawa makanan seperti mee goreng, keropok, air mineral, minuman untuk peserta kempen. Masyarakat digalakkan berhimpun untuk tunjuk kemarahan kepada kumpulan rempit ini. Bawalah sama kain rentang. Bawalah sama batang kayu sebagai tanda kita betul2 marah.
InsyaAllah jika kita bersama jayakan ini selepas katakan selama 5 minggu berturut2 melakukannya, gejala ini akan sama2 dapat kita atasi. Selain dari itu, kita secara tak langsung akan merapatkan silaturrahim antara kejiranan dan seluruh rakyat amnya. Proses pembentukan sikap terhadap sesuatu isu perlu kita gerakkan bersama, dan bukan semata-mata berharap ia berlaku sendiri.
Wassalam
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
"GANTI dgn kehidupan yang lebih baik".
0 ulasan:
Catat Ulasan