Rabu, 20 November 2013

Jefri jalan kaki rai Pas menang Dun Sungai Limau

10:55 PG

KUALA TERENGGANU – Jika sebelum ini Mohd Noor Mat, 47, sanggup berjalan sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut ke Putrajaya sebagai memenuhi ikrarnya setelah BN menang PRK Dun
Kuala Besut, Jefri Chua pula berjalan kaki dari Kuala Terengganu ke Masjid Rusila, Marang, kelmarin, bagi meraikan kemenangan Pas di Dun Sungai Limau.



Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu itu berkata, dia berjalan  kaki sebagai menunaikan janjinya yang dibuat sebelum ini tanpa melibatkan sebarang habuan.

Jefri yang mula berjalan kaki jam 6.15 pagi dari Jalan Batas Baru, Kuala Kuala Terengganu,  sampai kira-kira jam 9.30 pagi di Masjid Rusila dengan anggaran jarak 10 kilometer.

Sebelum ini, melalui laman sosial facebook miliknya, beliau menyatakan hasrat untuk berjalan  kaki seorang diri jika Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada PRK, 4 November lalu.

“Walaupun sebelum ini ramai yang mahu ikut serta tetapi saya  rasa tidak perlu ramai kerana kita tidak mahu jalan sesak.

"Saya hanya melakukan atas kerelaan sendiri. Lagipun saya berjalan kaki dengan ‘enjoy’,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Ditanya sama ada beliau mahu mencari glamor, Jefri menafikan perkara itu dan memberitahu langsung tidak terlintas  perkara sedemikian.
Katanya, tiada sebarang keistimewaan sama ada promosi,  tajaan atau skuad iringan bagi menjayakan hasratnya itu sebaliknya dilakukan atas inisiatif sendiri.

Menurutnya, ia hanya bertujuan melangsaikan janji yang telah dibuat sebelum ini selepas Mohd  Azam Abdul Samat diumumkan menang di Dun Sungai Limau.

“Sebelum ini Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik mahu membuat pelepasan tetapi saya kata biarlah dan ketika sampai di Masjid Rusila, tiada orang yang sambut dan pemimpin sendiri tidak tahu.

"Selepas kuliah Jumaat, orang ramai datang beramai-ramai untuk mengambil gambar. Itu sahaja.

Apa yang saya lakukan ini adalah untuk menepati janji atau janji ditepati. Bukan untuk mencari glamor,” katanya.

Kata Jefri, dia mendapat maklum balas yang baik daripada rakan  facebooknya ketika meluahkan hasrat untuk berjalan kaki.

“Saya tengok 90 peratus sokong  hasrat saya itu, ada juga yang tidak tetapi tidak sampai 10 peratus pun. Bagi saya, mereka berhak beri pandangan,” katanya.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top