Sabtu, 16 November 2013

Impian ‘Penghuni Rumah Kotak’ Miliki Rumah Selesa Menjadi Kenyataan

8:48 PTG

Tue, Feb 12th, 2013

Ahmad Amzad Hashim's photo. 




DUNGUN – Dalam masa tidak sampai dua minggu, Majlis Tindakan DUN (MTD) Paka berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM15,000 dan memulakan pembinaan rumah yang lebih selesa bagi menggantikan ‘rumah kotak’ seorang ibu tunggal Siti Azma Mohd Zin.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, rumah yang sedang dalam pembinaan itu cukup untuk kehidupan tiga beranak Siti Azma.
“Sekarang ini kita (sedang bina rumah) cukuplah untuk dia (Siti Azma) dengan anak-anaknya duduk, (kita bina) rumah asas dulu (dengan) semua ‘bajet’ ok dah (rasanya) cukup dah,
“sekarang kita buat kerja-kerja simen dulu, kemudian kita (akan) lantik kontraktor untuk (buat) bahagian atap……..kita  rasa sempat kut (untuk menambah dana),”jelasnya.
IMG_9181[1]
Beliau berkata demikian ketika melawat kerja-kerja gotong royong pembinaan rumah tersebut yang dimulakan secara gotong royong di Kampung Telaga Mas, Paka, dekat sini pada Ahad 10 Februari.
Walau bagaimana pun, kata beliau, anggaran kos pembinaan rumah itu mungkin melebihi RM15,000 dan beliau berjanji akan menyiapkan pembinaan secepat yang mungkin.

“(kita akan siapkan) secepat yang mungkin kerana kita dah punggah barang dia (robohkan rumah kotak) dan semua batu-bata (simen dan lain-lain) orang dah hantar belaka,
“jadi….sumbangan masyarakat (saya ucap) AlhamduliLlah, maknanya sumbangan rakyat (begitu tinggi) memberi bantuan kepada projek kita ini,”ujarnya.

Beliau selaku Pengerusi MTD Paka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak memberikan sumbangan sehingga terkumpulnya dana bagi pembinaan rumah tersebut dan juga kepada semua petugas yang memberikan sumbangan tenaga ‘bergotong royong’ bagi mendirikan rumah yang menjadi impian Siti Azma selama ini.

Written by

GANTI yang sesat dengan yang diredhai Allah. GANTI yang khianat dengan yang amanah. GANTI segala perancangan dan program yang membawa kerugian dengan keberuntungan. GANTI segala sifat mazmumah (buruk dan tercela) yang ada pada diri sendiri dan masyarakat dengan sifat mahmudah (baik dan terpuji) GANTI mengajak perubahan. GANTI IS FOR CHANGE!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

© 2013 Gerakan Anak Terengganu Insaf [ GANTI ]. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top