Asssalamualaikum Wrt Wb
"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."
(Surah Ali-Imran, ayat 104)
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
Perbuatan menghina Hukum Hudud seperti yang dilakukan oleh mereka yang disebalik pembikinan video `sembang rakyat' wajib dikecam dan di tentang oleh semua umat Islam. Kandungan video tersebut berniat jahat, mengeji dan menghina secara terus hukum-hukum yang telah ditentukan secara mutlak oleh Allah SWT dan disepakati ijma" oleh para ulama sejak dari dulu lagi.
Perbuatan jijik dan hina ini didalangi oleh mereka yg bersikap munafik, ejen yang menyemai kebencian kepada Islam dan menyerlah kejahilan yang sangat nyata. Tindakan mengulas tentang hukum Tuhan tanpa merujuk panel syariah, malah terdapat ulasan yang didalangi oleh kelompok sesat yang membawa aliran liberalisme Islam yang SESAT dan MENYESATKAN.
Sebagai ummat Islam wajib kita menentang perbuatan ini. Yang mempunyai kuasa bertindak harus menghentikan penyebaran video yang menghina ini. Sesiapa yang bercakap dengan nada yang sama perlu diajar cukup-cukup.
[ Petikan VIDEO ]
Berjaga-jagalah. Jangan sampai tidak terdetik langsung perasaan benci dalam hati dengan perbuatan menghina Syariat Allah SWT. Kerana Rasulullah saw seperti pada hadis di atas menyatakan kalau benci pun tiada, maka dikhuatiri kita bukan lagi orang beriman.
GANTI MENGECAM KERAS DAN MENGUTUK VIDEO INI SERTA SESIAPA YANG MENDALANGI PEMBIKINAN VIDEO INI. GANTI MENGINGATKAN SESIAPA YANG MENYOKONG KANDUNGAN VIDEO INI DALAM KEADAAN IA SEDAR IMPLIKASINYA ADALAH MUSUH ISLAM. DAN SETIAP YANG MEMUSUHI ISLAM ADALAH MUSUH KAMI.
Satu laporan Polis akan kami buat sebaik kembalinya saya ke Terengganu dari Muktamar PAS di Shah Alam sekarang. Saya menyeru semua rakan dan sahabat untuk melakukan kecaman terhadap video ini. Dan buatlah laporan Polis dimana sahaja anda berada supaya dengan cara itu kita dapat memberikan cukup tekanan kepada polis agar segera bertindak.
Kerana setakat ini, pihak berkuasa seolah-olah menganggap tidak apa apa.
Wassalam
GANTI mengajak Perubahan
0 ulasan:
Catat Ulasan