
KENYATAAN MEDIA : SABTU 23HB OGOS 2014
HARAPAN BESAR DUNIA KEPADA DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG.

Lebih menarik adalah pencalonan beliau yg datang dari Presiden Kesatuan, Sheikh Dr Yusof Al Qardhawi yg disambut oleh perwakilan secara sebulat suara.
Perlantikan ini adalah satu pengiktirafan dan amanah besar kpd seorang ulama besar dari Malaysia yg telah mengabdikan diri memperjuangkan risalah dakwah dan siasah sejak puluhan tahun.
Bukan lagi rahsia di dalam dunia gerakan Islam antarabangsa peranan besar DS TGHH dalam pelbagai isu isu besar melibatkan dunia Islam.
Semoga Allah SWT anugerahkan kekuatan, kesihatan dan pimpinan dalam melaksana amanah dan menunaikan harapan yg dibebankan kepada DS Tuan Guru.
HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden GANTI
GANTI TUNTUT PERUBAHAN
0 ulasan:
Catat Ulasan